Sidang DUN Di Perak

Thursday, 7 May 2009


Apa yang terjadi pada persidangan DUN Perak hari menceritakan kepada rakyat Malaysia yang prihatin bahawa dalam hal perebutan kuasa, tak ada undang-undang atau perlembagaan yang perlu di rujuk. Kalau nak di rujuk pun hanya yang seiring dengan nafsu sahaja.

Tapi apa nak dihairankan kalau undang-undang yang Maha Tinggi, perintah yang Maha Tinggi, segala aturan Al-Quran mereka ambil endah tak endah, mereka sekadar mencedok apa yang sesuai dengan nafsu serakah mereka sahaja, inikan pula undang-undang atau peraturan tinggalan para penjajah yang telah ditambah baik di sana sini.

Marah ? memang mereka yang cintakan keadilan tentu amat marah dengan apa yang berlaku. Mereka yang berkecuali yang tinggal di Perak dan mereka yang ingin berurusan dengan negeri Perak juga tentu rasa binggung, dek kerakusan kuasa golongan tertentu, biarlah negeri porak peranda.

Rakyat negeri yang lain pula bagaimana ?, jangan tersenyum, giliran anda akan tiba, kumpulan gila kuasa ini punyai rangkaian di seluruh negara kita. Mereka tak boleh hidup tanpa kuasa. Mereka memang dilatih untuk mengendalikan kuasa untuk kaya, mereka tak tahu cara lain mencari rezki melimpah dengan cara selain kuasa. Maka itu membuatkan mereka sanggup buat apa saja bila mereka hilang kuasa.

Golongan ini terlatih dengan ilmu cakap lain tapi buat lain. Visi mereka, kata nasihat mereka, menangis jika mendengarnya, mereka juga yang sering nasihat anak-anak kecil agar jangan bergaduh, cakap elok-elok, bincang, taat kata ibu bapa, jadilah manusia yang prihatin, jaga jiran tetangga....tapi itu semua terbatal bila masuk hal kuasa.

Tunjukkan lagi kerakusan anda merompak kuasa, rakyat melihatnya. Anda hanya menambahkan lagi getaran rasa ingin memberontak menuntut hak pada rakyat jelata. Bahang getaran itu saban hari makin rancak memuncak menyelinap ke seluruh pelusuk tanah air kita, Malaysia.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License