Isu Semasa - MB Perak
Wednesday, 13 May 2009
Tak sampai 19 atau 21 jam Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar diistiharkan sebagai MB negeri Perak yang sah, jawatan tersebut dicabut semula dan diberikan kepada Datuk Seri Dr Zambry setelah Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan perlaksanaan keputtusan Mahkamah Tinggi.
Selepas Mahkamah Tinggi mengistiharkan keputusan Nizar sebagai MB yang sah, Perdana Menteri kita membuat komen bahawa BN akan membuat rayuan terhadap kes tersebut. "Kami yakin kami mempunyai kes yang kuat", begitulah komen Datuk Seri Najib terhadap isu tersebut.
Tak berapa lama selepas itu keputusan berputar 360 darjah dan berpihak semula kepada BN. Dalam ertikata yang lain, sebagaimana komen Perdana Menteri Datuk Seri Najib bahawa mereka mempunyai kes yang kuat, mereka juga mempunyai pengaruh yang kuat untuk mempertahankan keyakinan mereka bahawa mereka berada di pihak yang benar.
Saya berat mengatakan bahawa kes ini lebih berpihak kepada Datuk Seri Zambry untuk dimuktamadkan sebagai MB Perak yang sah. Dan selanjutnya BN akan meneruskan pemirintahan mereka di situ. Ini berdasarkan kepada komen PM yang saya sebutkan diatas. Kita harus ingat bahawa budaya negara kita sebelum ini sering menganggap komen PM sebagai satu perintah yang perlu di "ya"kan oleh para pentadbir kerajaan.
Walau apapun keputusannya, satu perkara yang semua perlu akur baik dipihak BN atau PR ialah terdapatnya dua keputusan yang bertentangan dalam menafsirkan keadaan politik pemerintahan negeri Perak sekarang (jika selepas ini Mahkamah mengumumkan keputusan Zambry sah sebagai MB).
Ini menunjukkan samada BN atau PR yang benar dalam pertikaian ini adalah sesuatu yang rumit sehingga mengelirukan para Hakim yang mengendalikan kes ini.
Apatah lagi rakyat biasa yang terdiri daripada penyokong BN atau PR, berlebihan lagilah kekeliruan mereka dan logiknya masing-masing akan percaya yang merekalah yang benar.
Jika penyokong PR berjuang bermatian untuk mempertahankan kepercayaan mereka, ada asasnya, jika BN juga berjuang mempertahankan tindakan mereka juga ada asasnya.
Oleh itu hentikanlah carut mencarut, maki memaki, ugut mengugut, hina menghina antara pihak lawan. PR teruskan aktiviti penerangan melalui ceramah anda, BN kerahkan media propaganda anda. Para penyokong pula lihat, dengar, analisa, belajar dan ulas dengan tertib, bukan dengan kata-kata kesat.
Labels:
# Politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment