Bahasa Melayu akan Hebat Bila Orang Cina Berebut Menguasai Bahasa Melayu
Monday, 13 July 2009
Semua orang tahu yang rakyat berbangsa cina di negara kita ramai yang berjaya dan rata-rata kedudukan ekonomi mereka kukuh. Mereka juga mempunyai ramai para profesional yang hebat seperti doktor, peguam, akauntan, dan lain-lain. Semua mengakui yang mereka amat kuat bekerja dan sentiasa gigih untuk memajukan hidup mereka. Banyak dikalangan mereka yang boleh kita ambil sebagai contoh untuk memberikan kita sumber inspirasi.
Apabila kita cuba memasarkan produk tertentu kepada orang ramai, biasanya kita akan menggunakan individu tertentu yang terkenal sebagai jurucakap atau duta produk tersebut. Ini terbukti sebagai satu teknik yang berkesan untuk meyakinkan orang ramai tentang keberkesanan produk tersebut.
Apabila kita mahu memartabatkan bahasa malaysia atau bahasa melayu, kita haruslah memastikan bahasa ini di guna pakai oleh orang atau individu yang hebat-hebat juga.
Dalam hal ini kita sepatutnya berusaha agar semua orang cina fasih dan mahu berbahasa melayu, begitu juga melayu yang hebat-hebat sepatutnya sentiasa berbangga berbahasa melayu.
Orang cina sentiasa cuba mengikuti segala polisi yang ditetapkan oleh kerajaan. Mereka berbuat begitu kerana mereka orang berniaga dan tahu bahawa ketinggalan dalam apa saja polisi atau haluan kerajaan bakal memberi kesan kepada perniagaan mereka.
Ramai kawan saya dikalangan orang cina yang tidak cekap menguasai bahasa melayu dan mereka tidak lansung merasa kekurangan dengan keadaan itu.
Jika kerajaan mengutamakan bahasa melayu dalam apa saja urusan, menggalakkan bahasa melayu yang baik digunakan dalam kilang-kilang dan pejabat swasta. Memberikan pakej istimewa kepada tauke yang fasih berbahasa melayu dan lain-lain insentif lagi.
Sudah tentu rakyat berbangsa cina yang peka ini akan berlumba-lumba berbahasa melayu kerana ianya menguntungkan mereka.
Persoalannya adakah selama ini kerajaan telah berusaha untuk memertabatkan bahasa kita sendiri dalam segala urusan.
Labels:
# Masyarakat
# Politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam.
ReplyDeleteSekiranya semua transaksi kewangan "hanya sah diperlakukan" dalam Ringgit Malaysia, kenapa pula tidak semua urusan jabatan kerajaan, sistem perundangan, sistem ekonomi dan sistem pendidikan "hanya sah diperakui" dalam Bahasa Melayu? Mahu seribu daya, tak mahu seribu dalih...kerajaan harus memainkan peranan yang lebih drastik dengan memartabatkan nilai Bahasa Melayu sampai ke peringkat "hanya sah diperakui".
Zaidi, tepat sekali...!
ReplyDelete