Ustaz Azizan kritik Selangor?

Sunday 31 March 2013

Apa pandangan Ustaz Azizan terhadap kerajaan Pakatan rakyat di Selangor?...depa janji banyak sangat sampai tak boleh tunaikan, sebab itulah banyak masalah. Kena sama merata-rata tempat sebab tak boleh tunaikan.

Itu pandangan Ustaz Azizan terhadap keadaan negeri Selangor. Bila ditanya apa pendekatan beliau di negeri Kedah?. Dia jawab, "senang saja, tak payah janji apa-apa, kita perelok saja apa yang ada!".

Wah wah!, senang sangat hang cakap? hang dah check dulu ke pada kawan hang Khalid Ibrahim tu sebelum jawab ikut suka hati?. Hang tau tak kerajaan Selangor duit berlambak, setakat nak huluq kat semua yang minta tu dalam masa 24 jam boleh clear semuanya.


Tentu ada masalah kenapa depa tak dapat. Contohnya dalam hal elaun untuk budak-budak tadika. Depa yang minta tu tak daftar dengan kerajaan negeri, macam mana nak buat keluar duit. Nak buat jaminan bank pun kena isi borang.

Nak minta pinjam pun kena isi borang, nak masuk sekolah kena isi borang. Lainlah kalau nak ambil duit haram dari Along tak payah isi borang, itupun ada syarat mereka tersendiri. mana boleh main sua tangan minta duit.

Kenapa aku kritik Ustaz Azizan? sebab dia tak buat apa yang sepatutnya seorang pemimpin PR buat, iaitu rujuk dan buat pencerahan terlebih dulu kepada rakan sekutu baru jawab. Baru semua jawapan hangpa pemimpin seiring dan tak kasi rakyat pening terutmanaya yang sokong hangpa.

Patutlah ramai orang Pas kat kedah tak suka kat hang. Sebab hang ikut kepala hang saja. Polisi Ustaz Azizan adalah janagn janji apa-apa dan buat macam aman yang Umno buat. Sambung saja semua program Umno kat Kedah dan lepas tu bagi semua projek kat orang Umno jugak...hang memang pening la Ustaz oooi. Sampai TG Haji Hadipun pening dengan hang dan tak berani nak kata apa-apa...hang saja pandai.

Kalau macam tu leopas ni Ustaz Azizan akan kata tak payah menang pun tak pa kat Kedah. Umni atau Ustaz Azizan perintah sama saja.....aku sesal dengan sikap pemimpin yang tak sekata macam ni.

Hangpa baca sendiri kata Ustaz Azizan ni...aku harap sangat laporan ni tak betoi...
Share on :

1 comment:

  1. http://nasharrawy.blogspot.com/2013/03/points-to-ponder-by-nash-ar-rawy.html
    www.nasharrawy.blogspot.com

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License