Pesan Nurul Izzah pada Aku

Tuesday 12 March 2013

Orang PR kata sekarang ini, Umno dengan menggunakan berbagai NGO(k) yang pro-Umn(g)o(k) sudah main ganas. Mereka baling baru, baling kaca, cederakan orang, paksa orang ngaku benda yang orang tak buat dan macam-macam lagi untuk takutkan para pejuang PR yang gentleman dan steady.

Aku kata, Umno dan pencacainya sudah lama buat begitu sejak dulu lagi terutamanya sejak terkejut dengan Tsunami 2008 yang menyaksikan mereka hampir kena titik penuh dengan PR.


Selepas mereka kalah satu demi satu disetiap pilihanraya kecil, mereka semakin ganas dan ganas. Mereka provoke di mana saja ada kesempatan. Aku saksikan secara live di banyak tempat di mana pilihanraya kecil diadakan.

Mereka bawa ramai geng Pigida (ejaan tak betul-sengaja) yang berbadan besar dan bermuka bengis serta dahi hitam (lambang muka orang jahat dan banyak maksiat) untuk ajak orang bergocoh. Biasanya mereka semakin naik minyak bila geng PR yang cool tak layan.

Walaupun ramai geng PR yang tak tahan dan mahu bertindak melawan, mereka sering didamaikan oleh para Ustaz berserban dan berjubah yang sering duduk diposisi depan sekali cuba membenteng dan mendamaikan kemarahan. Biasanya puak

Ustaz ni yang terkena dulu namun mereka tetap cool dan menggesa agar yang lain jangan hilang sabar. Aku respect dengan mereka dan aku pasti kalau aku kat depan tu aku dulu yang akan serang puak ganas tu. namun tak guna ambil pendekatan berani mati dengan cara bodoh macam para NGO(k) tu.

Kini mereka nampaknya mengulang sikap pengecut yang sama walaupun PRU entah bila akan berlaku. Mereka tewas dalam segenap segi dan lumrah orang jahat yang tewas, mereka mula nak main ganas. Itu bukti serta tanda PR sedang berurusan dengan satu kaum yang memang jahat dan ganas.

Berikut nasihat Nurul Izzah pada aku. Juga pada semua para penyokong kebenaran seperti aku. Samada anda PR atau tidak, anda tentu sokong keadilan dan kebenaran, jadi ingatlah jangan takut dengan provokasi para pencacai Umno ngok.
Sidang Media di Ibu Pejabat KEADILAN pagi ini : 
Yb Nurul Izzah menasihati supaya semua penyokong PAKATAN RAKYAT tidak kira berada dimana jua sekali pun berhati-hati lah dengan keganasan dan provokasi yg dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini dan mengharapkan pihak berkuasa mengambil tindakan supaya mereka mendapat hukuman setimpalnya dan supaya pekara ini tidak berleluasa. 
Nota: Ada seorang kawan yang bawa teori konspirasi bagi tau aku bahawa kedatangan tentera sulu yang kononnya tentera diraja sulu tu hanya pembohongan yang tak menjadi. Penceroboh samseng durjana itu dibawa untuk menakut-nakutkan para pengundi di Sabah yang nekad nak ubah kali ini. Namun silap, perancangan dan jerat termakan tuan...Wallahu'alam!
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License