Najib nak tangkap Anwar!!!

Wednesday 13 March 2013

Aku terbaca laporan panjang lebar dari Malaysia Chronicle teori kemungkinan besar Anwar Ibrahim akan ditangkap berdasarkan perancangan sejak 2 minggu lalu terhadap isu Lahad Datu. Aku bubuh laporan tu kat bawah nanti untuk semua yang ada masa membacanya.

Dalam satu lagi tulisan dari Mynewshub pulak aku baca laporan bekas peguam Anwar dalam kes liwat 2 yang berpatah balik menyerang Anwar akibat tak puas hati dengan berbagai persoalan tentang kelaku Anwar yang baginya mencurigakan.

Ringkasnya peguam itu nak bagi tau siapa yang membaca laporannya, bahawa Anwar benar-benar meliwat Saiful. Buktinya adalah telah ditemui air mani Anwar dalam dubur Saiful. Walaupun ada juga kemungkinan Saiful ambil picagari dan suntuk sedikit air mani atau apa-apa DNA Anwar masuk dalam pungkoq dia, tidak pula ditanya.


Walau apapun samada Anwar buat kesemua itu atau tidak bagi aku itu bukan urusan aku. Dia dah menafikannya dan membawa maksud yang dia mengakui itu adalah satu perkara keji dan tidak boleh dilakukan. Itu sudah cukup bagi aku.

Apa yang aku lihat dan saksikan dengan mata kepala aku adalah kelebihan Anwar membawa perubahan pada rakyat. Kelebihan Anwar gembeleng semua parti pembangkang untuk lawan Umno yang dah gila kuasa dan sesat. Kelebihan Anwar imamkan solat, berpidato, versatile, bijak, banyak networking seluruh dunia...dan banyak lagi.

Itu semua aku dapat saksikan dengan mata kepala aku sendiri sejak dia aktif ABIM kemudian masuk umno. Bukan aku saja saksikan, malah seluruh rakyat Malaysia saksikan, Najib, Tun M, hang aku dan lain-lain.

Tapi yang tak pernah aku saksikan adalah kesemua tuduhan moral gila yang dilemparkan oleh orang. Tambahan pulak orang yang tudah tu merupakan musuh Anwar. Aku dan majoriti besar yang cukup besar, maksud aku berjuta-juta manusia rakyat malaysia tak pernah saksikan Anwar tutuh pungkoq orang, zina dengan bini orang, melanggar pelacur, raba pungkok pemuda jelita, cakap kotoq, mencarut kotoq dan seribu benda buruk lagi yang musuh dia tuduh.

Jadi hangpa bagi tau mai kat aku, mana satu yang aku perlu percaya, yang saku saksiakn atau yang aku tak saksikan?

Sebab itu aku tak suka bincang dengan kawan aku dari kalangan Umno bila depa fokus hal peribadi terhadap Anwar sebagai hujah untuk tolak Anwar. Lebih-lebih lagi depa suruh aku yang sokong Pas jangan bersekongkol dengan PKR dengan Anwar, apa ke hal pulak?

Kadang-kadang aku bertanya mereka, "yang hanpa dok tuduh Anwar tu buruk peribadinya, lalu tak layak jadi pemimpin, awat, kesemua pemimpin Umno yang ada sekarang tu baik sangat ke kelaku mereka?

Mereka songlap duit rakyat, mereka suka betina, mereka suka minum arak, mereka suka setubuh dengan artis, rampas bini orang, pelanggan jalang thailand, dan berbagai lagi...hangpa sendiri tahu ada ramai di kalangan pemimpin Umno begitu...kenapa biarkan mereka jadi pemimpin?....

tapi tak payah jawab, sebab aku tak mau lihat benda yang tersembunyi yang dilakukans secara diam-diam. Dan aku tak dak masa nak korek skodeng segala aktiviti gelap hangpa. Itu hangpalah jawab dengan Tuhan nanti. Aku lebih suka tumpu pada perkara yang aku lihat. Dapat aku saksikan dengan mata kepala aku sendiri dan ramai orang lain yang dapat saksikan macam yang aku saksikan.

Jadi tak ada persoalan kenapa aku perlu tolak Anwar.

Dalam bab hangpa nak kurung Anwar, dengan harapan Pakatan Ra,kyat akan kacau bilau kerana menangkapa tersebut. Apa aku kisah? aku yakin pemimpin datang dan pergi tapi kebenaran pasti akan timbul samada cuba dipertahankan atau tidak. Bersepah lagi pemimpin lain yang mampu naik ke atas untuk menggembelng tenaga perubahan ini.

Mari kita berubah!!! kebenaran tidak perlukan ketua specifique, sebab kebenaran itu tetap bangun dengan siapa saja ketua yan beriltizam untuk menzahirkannya.  Baca laporan Malaysia Chronicle di bawah:

Terdapat kebimbangan bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin akan ditangkap tidak lama lagi kerana Perdana Menteri Najib Razak dan parti pemerintahannya Umno menuduh beliau sebagai dalang pencerobohan di Lahad Datu.
Ahli-ahli parti PKR Anwar menjangka perkara paling buruk mungkin akan berlaku, berdasarkan maklumat yang diterima daripada sumber di peringkat tinggi serta jika dibaca daripada rentetan peristiwa yang "dirancang" mereka merasa ini bertujuan untuk mewujudkan perasaan benci terhadap pemimpin berusia 64 tahun itu.
Kebangkitan Anwar dijangka bakal membentuk dan menerajui kerajaan persekutuan pada masa akan datang, dan jika dia 'ditahan', kemaraan Pembangkang boleh dipatahkan.
"Saya rasa adalah wajar bagi saya untuk sekurang-kurangnya tidak memandang remeh apa-apa kemungkinan kerana kebarangkalian adalah sangat tinggi. Jika anda bercakap dengan sesiapa sahaja, memang sudah jelas terdapat kemungkinan bahawa Pakatan Rakyat akan menang," pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli memberitahu Malaysia Chronicle.
"Pada mulanya saya fikir kita telah menolaknya. Tetapi setelah memerhatikan bagaimana peristiwa telah dirancang sejak 2 minggu yang lalu, mesej keseluruhan seolah-olah cuba mengaitkan Anwar Ibrahim sebagai dalang di sebalik kejadian. Saya tidak fikir ia adalah sesuatu yang keterlaluan jika kita mengambil langkah berjaga-jaga kerana negara ini pernah menyaksikan perkara yang lebih teruk daripada itu. Jika mereka telah melibatkan Anwar Ibrahim dalam dua kes tuduhan liwat yang dibuat-buat, saya tidak fikir ia adalah sukar bagi mereka untuk menjadikan Anwar Ibrahim sebagai modal politik yang bakal menguntungkan mereka dalam pilihanraya yang akan dating. Kita sudah begitu hamper pada pilihanraya, jadi kita sedang memantau dan melakukan yang terbaik untuk mengumpul seberapa banyak maklumat. Tetapi saya fikir orang ramai juga perlu berwaspada jika terdapat sebarang cubaan untuk mengaitkan Anwar Ibrahim dengan apa yang berlaku di Sabah, bagi saya, ia perlu ditolak dengan serta-merta kerana ia tidak lebih daripada helah politik Umno."

Menaikkan kemarahan rakyat terhadap Anwar, Tian Chua

Tekanan ke atas Najib yang tertekan semakin hebat berikutan kematian 2 askar pada hari Selasa, membawa kepada jumlah kematian meningkat kepada 10 setakat ini daripada pasukan keselamatan Malaysia yang dikerahkan untuk mengawal krisis Lahad Datu. Dengan pilihan raya umum ke-13 di negara yang bakal menjelang, Najib yang berusia 59 tahun akan terpaksa mengosongkan tempatnya.
"Saya fikir mereka akan cuba menaikkan kemarahan rakyat terhadap Anwar dan Pakatan Rakyat. Rentak mereka sama sahaja, anda boleh melihat di kaca TV setiap hari bagaimana kata-kata Anwar sering dimanipulasi, sedangkan lagu beliau mengenai Umno kehilangan Sabah sudah disalahguna. Gambar lama pertemuan beliau dengan Nur Misuari (pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro) ditunjukkan untuk memberi bukti terdapat konspirasi diantarabeliau dan Sultan Sulu untuk menyerang Sabah. Walaupun kedua-dua Anwar dan Kesultanan Sulu telah menafikannya, mereka hanya akan mengabaikannya dan memutar belit segala-galanya untuk memenuhi tujuan mereka, "Tan Kee Kwong, seorang pemimpin kanan PKR, memberitahu Malaysia Chronicle.
"Taktik yang sama digunakan ke atas Tian Chua. Dia merupakan unsur Cina bagi UMNO yang gunakan untuk menaikkan kemarahan orang Melayu bertindak sebagai bukti akan tuduhan Mahathir bahawa Anwar akan menjual negara ini kepada orang Cina jika dia menjadi PM adalah benar. Mereka memalsukan dakwaan pasukan polis untuk ‘mati katak' daripada Tian Chua walaupun dia sebenarnya tidak pernah berkata demikian. Bagi golongan elit Umno, apabila mereka sudah terdesak, apa-apa sahaja akan sanggup mereka lakukan tanpa perlu ada alasan."
Bukan pertama kali
PKR mungkin mempunyai alas an untuk bimbang. Kenyataan yang dikeluarkan sehari yang lalu oleh Menteri Pertahanan Zahid Hamidi bahawa kerajaan akan memantau media Filipina untuk mendapatkan maklumat mengenai dalang di sebalik krisis Lahad Datu mencetuskan syak wasangka.
"Saya percaya media Filipina akan menyiarkan maklumat lanjut. Saya tidak mahu untuk mengaitkan mana-mana individu. Biarkan media Filipina yang mendedahkannya, "Bernama melaporkan Zahid sebagai berkata pada hari Selasa.
Jika Anwar ditahan dan didakwa atas dakwaan pengkhianatan, implikasi bagi pilihanraya Malaysia mungkin tidak akan menjadi seperti apa yang Najib harapkan.
Ia hanya boleh meyakinkan pengundi Melayu luar bandar untuk menyebelahi Umno, namun bakal mencetuskan gelombang besar undi protes kepada pembangkang. Pilihan raya 2008 adalah bukti yang terbaik, mendedahkan pengundi Malaysia berjiwa bebas , yang mempunyai pemikiran mereka sendiri.
Dan jika diperhatikan kepada trend menurun dalam populariti Najib sejak memegang jawatan pada April 2009, dia seharusnya ingat bahawa taktik ekstrim telah gagal mengembalikan keyakinan rakyat terhadapnya, menghalang Anwar daripada terus berada di dunia politik selalunya hanya akan memakan diri mereka sendiri.
Antara konspirasi yang didakwa dirancang Najib untuk menggagalkan pembangkang termasuk pusingan kedua tuduhan liwat yang direka terhadap Anwar pada tahun 2008, mengadakan rampasan kuasa terhadap kerajaan negeri Perak yang dipimpin PR pada tahun 2009, serta skandal seks yang diketuai oleh Datuk T dan media BN pada tahun 2011.
Untuk menangkap Anwar kerana didakwa mendalangi pencerobohan di Lahad Datu bukanlah di luar keupayaan Najib.
Najib juga terikat untuk mendapatkan sokongan dari bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad, orang yang dikatakan bakal paling rugi jika PR menang dalam PRU ke-13 dan Anwar menjadi PM yang seterusnya.
Ini kerana, bukan sahaja Mahathir telah memecat dan memenjarakan Anwar pada tahun 1998 pada pusingan pertama tuduhan liwat palsu, Anwar juga telah memberi amaran bahawa anak-anak Mahathir, yang disenaraikan dalam indeks Forbes sebagai antara yang terkaya di dunia, akan dipaksa untuk membayar balik kesemua wang yang telah dirompak dari negara setelah beberapa tahun.

-Malaysia Chronicle


Share on :

2 comments:

  1. Pemimpin dtg dn pergi,tp perjuangan PR akn tetap di terus kn.UMNO pun tidak aku tengok terlingkup bila Madey turun!Walaupun ber guling2 ahli2 UMNO meratap keputusan Madey.Bgtu jg PR,tk kn krn Anwar Ibrahim perjuangan nk di henti kn.Org2 UMNO ni meroyan dh tahap BABI,takut kn Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete
  2. Macam nii lah.. UMNO sebenaqnya dah tak relevan lagi kat bumi ni.. mana ada lagi parti politik dalam dunia ni yang permainannya umno hari nii..tak bijak, terus menipu dan menipu bagi dosa dosa lalu..yang paling aku tak faham sama ada dia tak peduli atau dia tak sedari yang rakyat bukan macam yang diaorang sangka..kadang2 pekara yang dia orang main (cara berpolitik)nampak bodoh sangat, macam mentaliti filem melayu hitam putih dulu...

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License