Apasal TG Nik Aziz takda dalam senarai?

Sunday 23 December 2012

Baru-baru ni ada disenaraikan 10 manusia paling berpengaruh di Malaysia. Senarai tersebut merupakan hasil bancian terhadap orang ramai yang memilih nama-nama individu di negara kita menurut pendapat masing-masing siapa yang paling berpengaruh.

Hasil daripada bancian tersebut maka terkeluarlah senarai 10 nama mereka yang telah saya masuk dalam entri blog ini baru-baru ini.

Apa yang menarik, sebagaimana sudah saya jangkakan adalah timbulnya soalan kenapa tiada nama seperti Tuan Guru Nik Aziz, Ustaz Azhar Idrus, Anwar Ibrahim dan lain-lain. Bagi mereka yang mempertikaikan senarai tersebut, nama-nama besar yang tertinggal itu tidak sepatutnya tiada.

Lantas keluarlah ejekan pada senarai yang ditujukan pada saya, seolah-olah saya yang keluarkan senarai itu. Walaupun sudah diterangkan dalam entri itu bahawa ia senarai daripada bancian dengan saya sertakan sumbernya.

Apa yang dapat dirumuskan adalah perangai orang kita yang tidak sedar tertanamnya akhlak Fanatik di dalam jiwa sehingga terus naik angin sehingga menutup akal kewarasan dalam diri. Memang begitulah sifat mereka yang fanatik.


Jika dilihat dan difikirkan secara kritis, kita tidak dapat mengawal pendapat orang ramai dalam sebarang keadaan. Apa yang dapat kita lakukan hanyalah mengetahui apakah statistik pendapat terhadap sesuatu pertanyaan lalu keputusan tersebut dikaji sebagai landasan untuk kita bekerja mendapatkan strategi mengubah pendapat yang kita rasakan salah.

Walau bagaimanapun, memandangkan ramai daripada kalangan rakyat kita lemah matematik, maka perkataan statistik sahaja membuatkan mereka rasa meloya nak muntah. Ini membuatkan mereka tak faham apa yang dikatakan sebagai keputusan bancian.

Ramai yang tidak dapat membezakan apa bezanya antara pendapat individu atau diri sendiri dengan pendapat masyarakat secara koleksi. Maka tidak hairanlah kita sering berjuang menyebarkan dakwah atau fahaman kita secara semberono dan tidak menepati kehendak orang ramai!!!

Secara peribadi saya sendiri tertanya juga kenapa tiada nama seperti TG Nik Aziz, Anwar Ibrahim dan lain-lain sedangkan kita merasakan mereka sepatutunya berpengaruh. Dari situ timbullah beberapa kemungkinan yang perlu diselidiki seperti timbulnya persoalan seperti:

  • Apakah senarai tersebut diisikan oleh orang berbagsa Cina sahaja?
  • Jika ya, berkemungkinan nama seperti Ustaz Azhar Idrus tidak dikenali dan dianggap penting oleh sebilangan besar masyarakat Cina.
  • Adakah sumber pembanci iaitu Malaysia Digest merupakan portal yang dibaca oleh majoriti orang BN
  • Dan lain-lain lagi....
Jika kita berfikir secara kritis, banyak yang boleh dipelajari daripada hasil setiap kajian. Malangnya ramai yang tidak faham apa itu statistik hasil daripada bancian. Apatah lagi jika kita terangkan konsep strata dalam membentuk bahan kajian dan lain-lain...wallahu'alam, moga ada yang mendapat pelajaran...
Share on :

1 comment:

  1. Klu x suka buatlah senarai sendiri dan canangkan lah sendiri

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License