Jawapan kepada tweet Hanafiah Ghazali

Tuesday 30 October 2012


JAWAPAN KEPADA TWEET HANAFIAH GHAZALI



Yayasan Selangor (YS) sentiasa mendukung Dasar Pendidikan Negara bagi memartabatkan pendidikan negara khususnya bagi pelajar luar bandar dan pelajar miskin supaya dasar pendemokrasian pendidikan dapat dilaksanakan. Sejak penubuhannya pada tahun 1970, Yayasan Selangor sentiasa fokus dalam memajukan pendidikan anak-anak Selangor.


Pada peringkat awal, YS telah menguruskan Asrama Pusat dengan menghantar para pelajar ke beberapa sekolah ternama. YS kemudian meluaskan program pendidikan di peringkat asrama daerah. Keputusan peperiksaan PMR dan SPM menunjukkan pelajar di asrama daerah lebih menyerlah berbanding pelajar di Asrama Pusat.

Sekali lagi ditegaskan bahawa YS akan membina sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang boleh menampung 1,000 pelajar, menggantikan AYSKL yang menelan belanja tidak kurang dari RM50 juta (tidak termasuk kos tanah) dan tapak seluas 7.5 ekar di Jalan Kg. Pandan, Kuala Lumpur akan dibangunan sebagai pusat komersil sebagaimana persekitarannya.

YS juga kini sedang membantu pelajar PMR dan SPM yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke IPT. Mereka diberikan pinjaman pelajaran bagi mengikuti 24 jenis kursus kemahiran yang diiktiraf bagi melahirkan tenaga mahir.

YS juga kini sedang membantu sekolah-sekolah agama rakyat  dan memberikan biasiswa kepada pelajar aliran agama. YS kini menajabiasiswa 637 pelajar aliran agama, iaitu 343 pelajar Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Istana Bandar (MITIB), Jugra  dan 294 pelajar Maahad Intergrasi Tahfiz Sains dan Teknologi (MITIS), Klang.

Setakat ini jumlah pelajar yang mendapat biasiswa di seluruh Negeri Selangor ialah 3,200 orang. Mereka diberikan biasiswa RM700.00 dan RM1,000.00, bergantung kepada pendapatan perkapita keluarga mereka.

YS akan terus bekerja keras untuk meningkatkan taraf pendidikan rakyat Negeri Selangor dan menganggap isu-isu yang ditimbulkan itu sengaja dimanipulasi untuk memburuk-burukkan imej YS dan Kerajaan Negeri Selangor.

ILHAM MARZUKI
Pengurus Besar
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License