Siapa 'malaon' - Tukar Tiub?

Wednesday 20 June 2012

Dalam bab Lynas siapa yang kita patut percaya? aku baca Tukar Tiub serang Dr Rosli bila dia sebagai pakar yang arif tentang hal ehwal nuklear memberikan pendapatnya terhadap Lynas. Oleh kerana pendapatnya ada orang tak suka jadi dia dikutuk kerana pendapatnya itu.

Bagi aku kalau bercakap bab nuklear aku lebih cenderung untuk percaya cakap pakar nuklear berbanding cakap pakar demonstrasi. Kalau dia pakar nuklear tentu dia tahu lebih banyak ilmu mengenai perkara nuklear dan apa yang pakar demonstrasi tahu mengenai nuklear selain daripada buat demonstrasi menentang apa saja yang dia rasa tak betul.

Kalau nak cakap mengenai kepentingan, memang Dr Rosli ada kepentingan terhadap projek Lynas. Sekurang-kurangnya penting bagi seorang pakar nuklear untuk memperluaskan ilmu nuklearnya bila ada urusan berkenaan nuklear di negara kita.


Dalam masa yang sama Tukar Tiub juga membantah projek Lynas sebab dia sendiri ada kepentingan dengan bantahan itu. Maklumlah diakan pakar demonstrasi, jadi dengan membantah projek Lynas dapatlah dia memperluaskan dan mempraktik ilmu kemahirannya berdemo. Kesimpulannya dua-dua ada kepentingan dan mempertahankan kepentingan masing-masing. Jadi apa nak heran.

Aku tak tau apa orang lain punya pendapat. Kalau ada orang lain yang bukan mahir dalam ilmu nuklear macam aku juga, dan bukan pakar dan dalam masa yang sama menolak huraian seorang pakar ilmu nuklear yang bercakap mengenai nuklear, aku rasa ada something wrong dengan hangpa. Apatah lagi jika ada orang yang lebih percayakan pakar demonstrasi yang memberikan pendapatnya berkenaan nuklear, lagi ada masalah. Nak demo buat sajalah dan anda tak perlu memperlekehkan pendapat orang lain untuk menolak pendapatnya, anda berhak menolak pendapat orang lain tanpa beri apa-apa sebab dan tak perlu menghina lo...
Share on :

3 comments:

  1. peduli apa ngan status "pakar"apa yang rakyat hendak dan tuntut ialah rakyat mahu hidup tanpa nuklear merbahaya dari australia.rakyat mahu dinyah keluarkan dari bumi malaysia.bumi malaysia adalah hak milik rakyat malaysia,rakyat malaysialah berhak menolak toxic moxic ini.kalaulah terjamin tidak ada bahaya serta bahananya,kerajaan australia simpan sahajalah bahan tersebut dinegara mereka.mengapa beria ia sangat hendak dihantar kemalaysia?apakah pakar pakar kita tidak bijak menilai tindak tanduk orang australia ini.kalaulah hendak belajar sangat pakar malaysia bolehlah berhijrah keaustralia.dudoklah sana belajar sampai mampos,kami tak heran pun.rakyat mmenolak dan tidak sesekali menghalalkan perbuatan menyimpan bahan ini dibumi kami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa peduli kehendak rakyat, Malaysia ini BN yang punya...!!! kalau tak suka pergi mampos berambus ke tempat lain yang tak ada nuklear...hahaha!

      Sakit hati kalu orang cakap macam tu kan kan kan!, kalau semua nak cakap macam tu tak payah ada parlimen, tak payah buat kajian dan bahaskan dalam parlimen dan tak susah-susah perabih duit panggil pakar buat kaji selidik dan keluarkan pendapat mereka.

      Hormati sikit pendapat orang yang berbeza dia sekadar beri pendapat dan kalau tak mahu juga tolak saja itu hak rakyat. Bukan setakat buat kilang nuklear, kalau rakyat tak suka ada sistem jamban dalam negara inipun sebab lebih suka berak kat tepi sungai beramai-ramai tak ada siapa boleh halang itu hak rakyat. The End dan tak payah tanya pendapat dan bila orang beri pendapat yang kita tak mau dengar terus panggil orang tu malaon atau maksud sebenarnya orang yang dilaknat.

      Berak tepi sungai tak semestinya tak bertamadun, tapi suka maki orang yang berbeza pendapat itu yang dikatakan tak bertamadun apa lagi orang tu hanya beri pendapat dan tak ada kuasa untuk tentukan go atau no go....ada paham ka mesej?

      Delete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License