Parasit dalam Pas - Apa kata Hu Pang Chaw

Wednesday 22 February 2012


  • Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali seronok menggunakankan perkataan 'Parasit' sekarang ini.
  • Mula-mula parasit hanya ada di Selangor yang semua orang tahu ditujukannya khas kepada Khalid Samad.
  • Selepas perkataan 'parasit' itu mula menjadi 'trade mark' Hasan Ali, beliau meluaskan lagi lingkungan mereka yang digelar sebagai parasit sampai ke negeri Kelantan.
  • Hasan Ali sekali lagi merepek menuduh bahawa Kerajaan Negeri Kelantan dilanda golongan pemimpin parasit di sana. Saya yakin dia menujukannya khas kepada Husam Musa.
  • Hu Pang Chaw merupakan Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas dan seperti yang ditunjukkan oleh namanya adalah seorang Cina yang yakin dengan Pas. Mari kita lihat apa kata ketua dewan himpunan penyokong Pas itu terhadap tuduhan merepek hasan Ali:
    • Kalau ada parasit dalam kerajaan negeri, mereka tak akan dapat bertahan selama lebih 20 tahun selama ini.
    • Tuduhan Hasan Ali merupakan sesuatu yang tidak masuk akal dan hanyalah merupakan tuduhan semata-mata.
    • Sepatutunya Hasan memahami makna parasit, jika parasit ada dalam sesuatu jabatan atau organisasi ia akan memusnahkan benda yang ditumpangi dan di sekitarnya. Adakah ini berlaku dalam kontek lepimpinan negeri Kelantan?
    • Kalau ada golongan yang berkepentingan merapati kepimpinan demi mendapatkan sesuatu memang ada, tapi ia merupakan perkara yang berbeza dengan parasit.
    • Kenyataan Hasan Ali tidak lebih daripada seorang ahli parti yang kecewa setelah disingkirkan oleh Pas.
Sumber: Sinarharian, 21hb Feb 2012, ms 55

Nasib baik Hasan Ali tak perasa komen Hu Pang Chaw yang disiarkan oleh sinar dalam satu sudut kecil di belakang akhbar tersebut, kalau tidak tentu Hasan Ali akan mula menyerang Hu Pang Chaw pulak dengan menuduh kemunculan satu lagi parasit berbangsa Cina dalam Pas yang akan merosakkan Parti.
Share on :

4 comments:

  1. parasit yang amat berbahaya dalam pas - kumpulan mesra umno!

    ReplyDelete
  2. apandangan yg mengatakan org cina kelantan yakin dgn pas agak kabur. Yakin dart sudut apa? menurut pdk cina di wakaf bahru, mereka mengundi pas bukan kerana mau kpd islam tetapi mrk undi pas kerana pas boleh bagi apa yg mereka mau. antara contoh ialah tanah. di kelantan sekarang sy kerap diberitahu bhw menukar tanah rizab melayu kpd freehold bukan sesuatu yg sukar. bahkan tanah kjaan juga di beri kpd cina dan siam sdg kan org islam lebih miskin dan lebihperlukan tanah. Zaman umno dulu tanah org islam lebih terbela.lg pn org islam kira2 95 peratus pdduk kelantan.

    jadi siapa lebih bijak? siapa yg memperalatkan siapa? Pas berjaya berdakwah kpd cina kah? atau cina yang memperalatkan pas setelah mendapat undi drpd org islam?

    ReplyDelete
  3. pendedahan makin hebat http://lamanizzs.blogspot.com/2012/02/cabaran-berdemo-bersama-pas-memakan.html

    ReplyDelete
  4. Jawi,
    Pandangan tuan mungkin betul dan pandangan saya mungkin tidak salah...

    Kalau tuan anggap orang Cina tidak layak ditolong dan orang Melayu yang susah semua perlu disenangkan...maka kerajaan yang ada sekarang banyak buat silap (mengikut ukuran tuan) kerana banyak menolong sekolah cina dan masih terlalu ramai orang melayu yang susah tidak tertolong.

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License