Memoir perjuangan politik Syed Husin Ali - Syed Husin Ali

Sunday 19 February 2012


  • Nik Aziz ketika menolak cadangan Parti Keadilan Rakyat untuk meletakkan Syed Husin Ali sebagai calon di Kota Bharu berkata tidak dapat menerima Syed Husin Ali kerana beliau seorang sosialis dan bagi Nik Aziz fahaman sosialis adalah adik beradik dengan fahaman komunis. Haji Hadi turut sama menyokong kenyataan tersebut.
  • Peristiwa di atas antara yang diceritakan di dalam memoir Syed Husin Ali yang baru habis saya baca dan itu merupakan antara peristiwa yang paling melekat diingatan saya. Kasihan pada Syed Husin Ali, namun nampaknya beliau bukan orang yang jenis mudah ambil hati.
  • Betulkah Sted Husin Ali berfahaman adik beradik dengan komunis dan bagaimana pegangan agama Syed Husin. Kalau kita baca buku di atas, kita dapati antara perkara yang dibuat oleh Syed Husin Ali untuk menentukan samada mahu atau tidak mahu bertanding adalah dengan bersolat Istiqarah. Kita boleh rumuskan bagaiman fahaman beliau.
  • Ada seorang kawan baru-baru ini yang masih mempertahankan kepercayaannya sehingga sekarang sejak ditolak oleh Nik Aziz dulu dan dicop sebagai adik komunis walaupun saya hujahkan beliau solat Istiqarah, mana boleh beliau komunis. Betullah catatan dalam buku ini yang merakamkan kata Mat Jaafar bahawa bagi sesetengah orang Pas, kata-kata Nik Aziz bawah sedikit saja daripada Hadith.
  • Menurut kawan saya lagi, seorang veteren Pas, walau apapun besar jasa Syed Husin kita tidak boleh menerimanya kerana fahaman Syed Husin Ali yang berpegang bahawa agama itu merupakan hal peribadi. Sejauh mana kebenarannya kata kawan saya itu tidak dapat dipastikan kerana tiada lansung ayat sebegitu yang dicatitkan oleh Syed Husin Ali dalam bukunya.
  • Mungkin ramai yang tidak tahu apa sumbangan dan jasa besar Syed Husin dalam penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia. Kalau nak tahu, beli dan baca buku ini dan anda tentu akan kagum betapa beliau bukan seorang yang berbakti untuk mendapatkan balasan samada harta atau pangkat.
  • Bagi mereka yang minat politik dan sejarah politik tanah air, tidak membaca buku ini adalah satu kerugian.
Share on :

2 comments:

  1. dah beli, tapi blm mula membacanya.
    saya mula minat sejak beli buku Dua Wajah.

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License