Adakah Pas akan pecat Nik Aziz?

Friday 17 February 2012


Hubungan mereka berdua mahu diretakkan oleh
Umno

  • Hasan Ali menuduh Pas memecatnya dari parti kerana dia telah mengkritik Anwar Ibrahim. Sebelum itu walaupun beliau banyak melawan arus, namun Pas masih tidak memecatnya.
  • Baru-baru ini media utama yang dikuasai oleh Umno melaga-lagakan antara Nik Aziz dan juga Anwar Ibrahim.
  • Nik Aziz dilaporkan menggesa Anwar menarik balik kenyataannya tentang isu keselamatan negara Israel ataupun menafikan apa yang disebutnya itu dengan menyaman WSJ yang menyiarkan kenyataan tersebut.
  • Media utama yang dikuasai oleh kerajaan menonjolkan bahawa Nik Aziz telah mengkritik kenyataan Anwar Ibrahim itu yang dilihat bertentangan dengan pegangan Pas selama ini yang sesekali tidak akan mengiktiraf Negara Israel.
  • Isu ini sudah pasti akan menjadi perhatian utama Hasan Ali untuk melihat samada Pas akan memecat Nik Aziz sebagaimana dia dipecat ketika mengkritik Anwar sebelum ini.
  • Walaubagaimanapun nampaknya PKR tidak terbawa-bawa dan terperangkap dengan mainan musuh mereka yang mahu melagakan Anwar Ibrahim dengan Nik Aziz. Nampaknya Azmin Ali tidak melatah kali ini sebagaimana dia melatah terhadap Hasan Ali.
  • Umno melihat ikatan Pas dengan PR semata-mata kerana faktor Nik Aziz sahaja yang berkeras dan setia menyokong Anwar Ibrahim. Untuk itu pertelingkahan antara 2 figura besar parti tersebut dijangka mampu meretakkan hubungan PR.
  • Adakah Pas akan memecat Nik Aziz...? sudah tentu tidak sama sekali kerana Nik Aziz berada di pihak yang benar.
  • Nik Aziz bukan buat keputusan sendiri tetapi menyampaikan keputusan Majlis Syura, sebuah majlis paling tinggi dalam Pas yang boleh mengenepikan semua keputusan Parti. Maknanya Nik Aziz menggunakan saluran yang betul dan bercakap berdasarkan keputusan bersama.
  • Itulah perbezaan Hasan Ali, yang membuat keputusan sendiri sedangkan ada saluran dan prosedur dalam membuat sebarang keputusan dalam parti. Itulah adab berorganisasi yang tak ada dalam Hasan Ali.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License