Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam - Ini Dah Melampau !

Wednesday 25 January 2012

Fauziah Ariffin, Presiden Kelab
Isteri Gila Seks
Kelab Isteri Taat hari ini mencetuskan satu lagi kontroversi apabila melancarkan kempen "Rasulullah, Tokoh Seks Suci Islam" sempena sambutan Maulidur rasul yang akan berlansung pada 5 Februari depan.

Walaupun matlamat Kelab isteri Taat mahu mengajak umat Islam kembali kepada mengamalkan cara kehidupan Rasulullah, namun memilih tajuk seperti yang tersebut di atas memang lansung tidak sesuai untuk dilabelkan terhadap manusia yang kita cintai itu.

Ada banyak lagi tajuk lain yang lebih sesuai dan menjuruskan kepada perkara yang sama seperti mempromosikan Rasulullah sebagai lelaki, pemimpin, suami serta ayah yang hebat dan sebagainya. Bukannya memfokuskan Rasulullah terhadap ketokohan seks, itu menghina matlamat Rasulullah diutuskan kepada manusia.

Rasulullah diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia. Atas dasar itu Rasulullah mengajak manusia kepada amalan kehidupan yang sederhana dengan menyerah serta memperhambakan diri kepada Allah yang Esa. Jesteru itu segala aktiviti manusia seperti pergaulan, kemasyarakatan, perhubungan suami isteri, perhubungan keluarga, perhubungan jiran, makan minum, berkerja serta berehat, bersolat serta beribadat, hidup dan mati adalah seiring dengan kejadian manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi.


Nampaknya ada yang tidak kena dengan kumpulan Isteri Taat ini dan ianya terserlah apabila mereka lebih memfokuskan seks hatta terhadap kehidupan Rasulullah itu sendiri. Sebelum ini saya kagum dengan kesungguhan mereka mahu menjadi seorang Isteri yang taat, namun apabila Rasulullah dihina sedemikian, membuatkan rasa menyampah mula bertapak dalam diri terhadap mereka. Mungkin lebih sesuai Kelab Isteri Taat ditukarkan kepada Kelab Isteri Gila Seks.

Baca laporannya di sini.
Share on :

2 comments:

  1. Patutnya Fauziah Ariffin sensasikan dulu Kelab Isteri Jongang seMalaysia..minah ni nak apa sebenarnya..nak glamour..nak batang lg besar...
    Aku tak faham betul minahni..Udahle, banyakkan amal ibadat, bertaubat dan selalulah mohon taufik dan hidayat dari Allah SWT.

    ReplyDelete
  2. setuju!
    byk lagi topik yg lebih sesuai utk ditonjolkan dlm perkahwinan.

    nampaknya mereka hanya mencari isu sensasi utk meraih perhatian umum.

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License