Buku Jingga Bukan Al_Quran - Datuk Seri Azizan

Saturday 28 January 2012

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak menempelak pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari yang menggesa agar Pakatan Rakyat mengambil tindakan terhadapnya kerana membuat keputusan yang bertentangan dengan hala tuju yang dipersetujui bersama dalam Pakatan Rakyat.

Antara komitmen yang dinyatakan dalam Buku Jingga adalah memansuhkan AUKU yang dilihat bertentangan dengan Perlembagaan Negara dalam hak kebebasan menyatakan pendapat rakyat. Ini bermakna sebagai kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah sesebuah negeri di negara kita, kominmen tersebut perlu direalisasikan sebagaimana yang telah dijanjikan jika tidak ada sesuatu perkara lain yang lebih besar menghalang perlaksanaannya.


Azizan juga memberikan nasihat agar orang luar jangan masuk campur dengan pentadbiran negeri yang sedang diuruskannya kerana mereka lebih tahu apa yang sedang berlaku di dalam negeri mereka sendiri dan keputusan yang diambil adalah lebih bertepatan dengan keperluan semasa yang berlaku di negeri tersebut.

Dalam hal Kerajaan Negeri Kedah menggunakan Auku terhadap para pelajar KUIN yang berdemo ada beberapa pihak di dalam PR sendiri yang menempelak Ustaz Azizan, tetapi ada juga dikalangan mereka yang mempertahankan keputusan yang telah dibuat oleh Azizan.

Mereka yang mempertahankan Ustaz Azizan memberikan alasan bahawa AUKU digunakan kerana pihak pelajar yang berdemo tersebut sebenarnya telah didalangi oleh UMNO untuk menimbulkan kekacauan di negeri Kedah. Ringkasnya kalau orang Umno kita boleh kenakan AUKU dan jika orang PR kita tak boleh kenakan AUKU.

Persoalannya, adakah kita perlu mendiskriminasikan penguatkuasaan dan memilih bulu kepada siapa kita mahu mengenakan tindakan. Adakah kerana ia didalangi oleh Umno maka pihak Pakatan Rakyat mempunyai alasan menggunakan akta yang ditentang mereka semata-mata kerana Umno musuh mereka.

Dalam debat yang dianjurkan oleh Sinar Harian baru-baru ini, antara perkara yang orang tak puas hati terhadap AUKU adalah sikap Double Standard kerajaan yang berkuasa dalam menggunakannya. Jika pelajar pro kerajaan maka AUKU tidak diambil pakai sebaliknya jika pelajar pro pembangkang, maka AUKU diguna pakai. Ini yang tidak betul sebenarnya.

Kembali kepada kenyataan Ustaz Azizan, beliau menyatakan yang mereka lebih tahu apa yang mereka lakukan dan apa yang dinyatakan di dalam buku Jingga bukanlah sentiasa boleh diikut. Ia perlu dilihat kesesuainya pada masa dan keadaan.

Memang tepat sekali kata Ustaz Azizan bahawa Buku Jingga bukanlah Al-Quran, tidak ada sesiapa yang beriman yang mampu menafikannya. Buku Jingga boleh dipakai atau ditolak mengikut keadaan semasa dan kesesuainya.

Ini membawa maksud bahawa ada ketika tertentu AUKU memberikan manafaat yang berguna dan boleh diguna pakai. Oleh itu kenapa mahu mansuhkan AUKU jika ia bermanafaat. Teruskan saja dan gunakan secara yang mendatangkan manafaat kepada rakyat jikalau manafaat yang diberikan AUKU mengatasi kecelakaan. Jika manafaatnya lebih besar mengatasi kemudharatan elok diteruskan saja AUKU.

Barangkali Ustaz Azizan perlu melihat masalah ini dengan lebih terbuka dan tidak menganggap kritikan orang luar terhadapnya berniat jahat untuk menjatuhkannya. Mereka yang mengkritik pula sepatutnya tidak mengambil pendekatan yang biadap atau kasar dalam menegur, maklumlah, menegur orang tua ada caranya.

Berikanlah cadangan bagi mengatasi masalah ini untuk mengambil tindakan terhadap para pelajar yang melakukan kesalahan, tentu ada banyak lagi akta selain AUKU yang diboleh guna pakai untuk menghukum para pelajar jika mereka benar-benar bersalah.

Share on :

2 comments:

  1. rukun negara ikut buku oren:
    kepercayaan kpd tuhan
    kesetiaan kpd raja dan negara
    keluhuran pelembagaan
    kedaulatan buku oren
    kesopanan dan kesusilaan

    undang2 tak payah ikut

    ReplyDelete
  2. DS Azizan tak salah.. tp keadaan dunia semasa yg bt dia disalahkan. Seperti org naik motor dlm kmpg tak pakai helmet. mahasiswa ni org muda, jiwa org muda. org muda ni panas baran, gelojoh dan cenderung menurut hawa nafsu. DS Azizan guna AUKU pd tmpat yg betul dn tepat. semoga Pakatan Rakyat musnah disebabkan jahil agama. dalam hatiku tetap ada PAS. PKR (sama mcm umno) DAP (sama mcm gerakan) = [Parti Dunia]. Jauh berbeza dgn PAS.

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License