Benda Apa Yang Paling Banyak Difikirkan Oleh Stephen Hawking?

Wednesday 11 January 2012

Stephen Hawking mungkina antara saintis paling hebat yang masih hidup. Dia menyambut harijadinya yang ke-70 baru-baru ini walaupun sejak mengalami penyakit motor neurone pada usia 21 tahun, kebanyakkan doktor mengjangkakan dia akan mampu bertahan setakat beberapa tahun saja. Allah maha besar dia masih lagi hidup dan akalnya tak berhenti berfikir.

Antara buku hebatnya adalah 'A breif history of time' yang terjual sebanyak 10 juta naskah di seluruh dunia. Dalam buku tersebut Stephen masih lagi mempercayai dan bercerita tentang penciptaan alam oleh Tuhan. Namun buku selanjutnya, 'The grand design' beliau menyatakan Tuhan tidak mencipta alam ini.


Sepatutnya melihatkan apa yang berlaku pada dirinya sendiri yang masih lagi bernyawa dan berfungsi akalnya sedangkan perubatan moden menafikannya, dia sepatutnya berfikir siapa sebenarnya yang menguasai dan mengawal segala apa yang telah, sedang dan akan berlaku. Dia sendiri merupakan sebahagian daripada alam dan menafikan adanya sesuatu yang memelihara semua tersebut adalah perkara yang tidak masuk akal.

Walau bagaimanapun segalanya terjawa dalam interview bersamanya baru-baru ini apabila ditanya apakah perkara yang paling banyak difikirkan dalam hidupnya. Adakah tentang cakerawala, adakah tentang Einstein, teori relativiti, teori cahaya atau lain-lain seumpama dengannya.

Jawapannya adalah ringkas padat....'WANITA'.

Baca ulasannya di sini

Lagi beritanya di sini
Share on :

1 comment:

  1. tanya dia mengapa dunia ni terjadi (dia kata alam ini tidak dicipta) perpasang pasangan? contoh: siang & malam, hidup dan mati, baik dan jahat, tuan dan hamba dan bermacam2 lagi yg diistilah "gi, gi" itu?. juga kenapa 'it takes two to tango (not one or three or whatever) dlm reproduction system manusia & haiwan?

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License