Aktivis Wanita Mesir Siar Gambar Bogelnya Bantah Kebangkitan Parti Islam !!!

Friday 18 November 2011

Mesir. Seorang aktivis wanita dan politik berumur 20 tahun mengejutkan seluruh Mesir apabila menyiarkan gambarnya berbogel sebagai bantahan kepada kebangkitan gerakan Islam di sana.

Tindakannya itu dibuat atas nama 'menentang keganasan, perkauman, seks dan hipokrasi'. Begitulah luahannya dalam blog dimana gambar tersebut disiarkan. Tindakannya tersebut berjaya menarik pengunjung seramai 1.5 juta orang sejak ia disiarkan dalam minggu ini.

Tindakan Aliaa Mahdy tersebut dilihat sebagai aksi provokasi terhadap pemerintahan sementara tentera dan juga peningkatan sokongan terhadap parti Islam yang dijangkan bakal memenangi pilihan raya parlimen Mesir yang bakal menjelang.


Dunia sudah berubah sekarang ini. Sesiapa saja mampu mengejutkan masyarakat melalui penggunaan media komunikasi internet di mana setiap individu mampu meluahkan apa saja pendapat atau perasaan mereka.

Bagi menarik perhatian, penggunaan gambar bogel mampu menarik jutaan peminat masuk menjenguk ke dalam dunia cyber di mana tiada perasaan malu untuk kita melakukannya kerana tidak ada sesiapa yang sedang melihat kita. Hanya keyakinan bahawa diri kita sebenarnya sentiasa diperhatikan sahaja yang mampu menhan diri kita daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang walaupun sendirian di dalam bilik yang kosong.
Sumber
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License