Melayu Malas, Cina Penipu, India Paria - Rumusan Interlok

Friday 30 September 2011

Pernahkah anda dengan nama sasterawan Abdullah Hussain, pernahkan anda dengar nama buku Interlok dan sudahkah anda baca buku Interlok ?, kalau semua jawapannya ya, anda pasti ada pendapat tersendiri tentang samada patut atau tidak patut ia dijadikan buku teks sekolah.

Bagi NIAT atau National Interlok Action Team yang diketuai oleh Thasleem Mohd Ibrahim, mereka menolak mentah-mentah langkah kerajaan menjadikannya sebagai buku teks sekolah dan sedang berusaha merubah keputusan tersebut.

Sebelum ini kerajaan telah mengambil bantahan pelbagai pihak dan bersetuju merubah beberapa perkara yang dikatakan tidak sesuai didalam kandungan buku tersebut untuk dijadikan buku teks. Tetapi NIAT masih tidak berpuas hati dan mahu ianya diharamkan terus. Antara yang membantah buku tersebut adalah MIC. Gerakan dan juga Pakatan Rakyat.


Alasannya adalah kerana buku itu telah ketinggalan zaman dan hanya membuatkan masyarakat mengimbau kembali zaman 100 tahun yang telah berlalu. Buku itu juga dikatakan hanya melahirkan persepsi negatif kepada mereka yang membacanya terutamanya para pelajar bahawa Melayu Malas, Cina Penipu dan sanggup buat apa saja demi wang dan orang India pula adalah hina daripada kasta paria yang rendah.

Thasleem
Bagi NIAT, buku itu juga bertentangan dengan ajaran agama Islam kerana dimasukkan unsur-unsur syirik percaya pada hantu tahyul yang menjadi kepercayaan orang Melayu pada masa itu. Buku itu juga dikatakan cuba memberikan identiti yang negatif pada setiap bangsa yang ada di Malaysia dan ia akan menghalang penyatuan kaum di negara kita.

Pada mereka yang telah baca buku Intelok, tentu akan mendapati bahawa selain daripada ada cerita melayu malas, ada juga cerita melayu yang ada visi dan memandang jauh ke depan. Selain daripada cina penipu, ada juga cerita cina yang tak suka dengan penipuan dan selain dari India yang masih terbemenggu dengan kasta rendah ada juga India yang tidak lagi dirantai dengan masalah kasta.

Bagi mereka yang jiwanya kerdil akan fokus pada perkara kerdil dalam semua perkara, sebaliknya bagi mereka yang jiwanya besar akan lebih fokus pada perkara-perkara besar, kerana bagi mereka yang berjiwa besar, masalah besar semuanya adalah kerdil sahaja bagi dirinya.

Laporannya di sini
Share on :

1 comment:

  1. No comment, sbb saya belum baca lagi. Dah beberapa kali cari kat kedai buku..sold out je.

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License