Lagi Cerita Komik Superhero Pertama Keluaran Orang Islam - The 99

Friday 30 September 2011

The 99 telah masuk ke pasaran Indonesia
dan dialih bahasa
Sebelum ini saya ada menulis tentang komik 'The 99' yang diterbitkan oleh seorang warga Kuwait Dr Naif Al-Mutawa, seorang ahli psikologi lulusan Columbia Business School. Komik ini tercetus dari idea Al-Mutawa pada tahun 2003 berkonsepkan penggunaan 99 nama Tuhan sebagai asas melahirkan manusia hebat.

Bermula dari situ maka lahirlah keluaran pertama pada bulan puasa tahun 2006 memenuhi pasaran di timur tengah dan mendapat sambutan menggalakkan dari masyarakat.

Sambutan hebat itu tidak dapat bertahan lama di kalangan umat Islam di timur tengah apabila ia mula dipandang serong oleh sesetengah pihak yang menganggap terutamanya golongan ulama daripada Arab Saudi. Mereka melihat konsepnya terlalu terbuka dan tidak menjuruskan kepada dakwah Islam sebenar.


Selanjutnya Komik The 99 telah dilarang pengedarannya dan menghadapi risiko untuk difatwakan sebagai haram di Arab Saudi pada tahun itu. Daripada tentangan tersebut Al-Mutawa beralih kepada pembentukan taman tema dan juga projek animasi bagi menjadikan usahanya lebih berdaya saing dan seterusnya bekerja ke arah memasarkan produk komiknya kepada pasaran dunia terutamanya pasaran orang bukan Islam.

Al-Mutawa menegaskan bahawa komik superhero barat yang membanjiri pasaran dunia sekarang ini adalah berdasarkan ajaran agama Kristian. Ia bermula sejak tahun 70-an di mana komik digunakan bagi menanam nilai-nilai agama Kristian kepada kanak-kanak dan juga remaja. Nilai-nilai agama Kristian disebarkan secara  terlindung kepada semua kanak-kanak di seluruh dunia tanpa disedari.

Lanjutan daripada usahanya untuk memenuhi pasaran dunia dengan menghidangkan nilai-nilai Islam dalam bentuk Komik, dia telah menghasilkan satu lagi dokumentari khas menceritakan konsep komik tersebut serta  kesukaran yang dihadapinya dalam merealisasikan The 99. Cerita lanjutnya klik link di bawah.

New Film Captures Struggle to Create First Muslim Superhero Comic - Branford, CT Patch:

Ceritanya di sini


Watch the full episode. See more Independent Lens.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License