Regim Kejam Dewan Pemuda Pas Puchong Mula Kenakan Sekatan Pada PASTI An-Nur !

Thursday 11 August 2011




Tentu kanak-kanak ini tak sedar bahawa
mereka sedang diboikot oleh orang yang
sepatutnya menjaga kebajikan mereka!.
Kalau berterusan, nampaknya PASTI
tersebut perlu dibubarkan!!!
Kita sering dengar tindakan segelintir orang yang menghalang kanak-kanak Tadika dari Kemas memasuki bangunan untuk belajar kerana beberapa masalah teknikal. Isu ini sering dimainkan oleh media bagi menimbulkan kemarahan orang ramai.

Walaupun kadangkala tindakan menghalang itu ada asasnya dek kedegilan penyewa enggan mematuhi syarat atau seumpama dengannya, namun kita tetap juga merasakan ketidak adilan apabila terbayangkan kanak-kanak yang tidak berdosa menjadi mangsa. Kalau boleh kita mahukan pendekatan lain yang lebih mesra alam tanpa memberikan kesan yang negatif pada kanak-kanak tersebut.

Berita seperti itu biasanya hanya berlaku pada dua pendokong parti yang berlainan dan kita boleh faham tindakan masing-masing. Tapi bagaimana pula jika ia berlaku pada dua kumpulan yang mendokong parti yang sama?.

Tentu ramai yang setuju hal sedemikian tidak sepatutnya berlaku dan tidak perlu sampai orang luar megenengahkannya pada umum. Ia hanya memalukan Parti tersebut di mata masyarakat.

Itulah yang berlaku pada PASTI An-Nur yang saya dapat tahu kini telah disekat segala kemudahannya oleh Dewan Pemuda Pas Kawasan Puchong dan tidak dibenarkan mendapatkan bekalan buku mereka dari PASTI Kawasan. Saya ada tulis tentang isu tersebut sebelum ini di sini.

Isu ini nampaknya semakin parah dan tidak ada siasatan daripada PASTI Negeri walaupun telah saya tampalkan isu tersebut sebelum ini. Saya yakin tindakan seperti itu bukanlah satu polisi PASTI tak kira di manapun ia berada. Tambahan pula ia sepatutnya masalah sesama ahli yang boleh diselesaikan tanpa melibatkan pendidikan kanak-kanak PASTI terjejas.

Mohon pihak pemantau PASTI Negeri segera siasat tindakan keterlaluan Dewan Pemuda Pas Puchong di atas dan jika benar apa yang saya tuliskan, harap aktiviti pengurusan PASTI kawasan yang dipegang oleh mereka digantung. PASTI negeri boleh mengambil alih urusan tersebut buat sementara waktu.

PASTI Pusat sudah tentu ada mekanisma yang berkesan bagi menangani masalah seperti ini agar ia tidak memburukkan PASTI secara keseluruhannya.

Untuk maklumat:
Pasti An-Nur merupakan salah satu PASTI terbaik di seluruh Selangor. Jangan biarkan dia berkubur hanya kerana mahu tunjuk siapa lebih kuat.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License