Pemuda Pas Puchong Mahu Zalimi Anak-Anak Yang Tak Berdosa - PAS Perlu Segera Pantau Isu Ini !!!

Monday 8 August 2011




Anak-anak PASTI ini tidak tahu
apa-apa. jangan zalimi mereka dengan
menggantung semua kemudahan PASTI.
Itu kerja gila namanya !
Kepada mereka yang meyokong Pas dan mempunyai anak-anak berumur antara 4 ke 6 tahun sudah tentu akan memilih untuk menghantar anak-anak mereka kepada Pusat Asuhan Tunas Islam atau lebih dikenali dengan PASTI.

Begitu juga bagi mereka yang tak ada ahli mana-mana parti tetapi selesa dengan konsep islamik yang dianjurkan oleh PASTI sudah tentu akan menghantar anak-anak mereka ke situ. Apatah lagi bayarannya bukanlah mahal sangat berbanding taska atau tadika swasta lain.

Yang lebih penting sekali kenapa kita menghantar anak-anak kita ke sana adalah kerana yakin sudah tentu kita melepaskan anak-anak kecil harapan kita, bangsa dan negara ke tangan yang boleh dipercayai.

Jika anda berfikiran sedemikian dan anda mempunyai anak-anak yang berlajar di PASTI kawasan Puchong, anda sebenarnya salah sangka dan perlu memikirkan semula samada perlu meneruskan atau tidak melepaskan anak-anak anda di PASTI.

Ini kerana terdapat satu PASTI di kawasan Puchong itu yang telah di beri amaran oleh Dewan Pemuda Pas Puchong untuk memutuskan segala komunikasi, penyampaian maklumat, serta pengarahan tentang program, aktiviti serta urusan peperiksaan. (Nota: Dewan Pemuda Pas merupakan badan pemantau dan pengelola bagi semua PASTI)


Kenapa ugutan tersebut diberikan pada salah satu PASTI di Puchong itu adalah berpunca daripada masalah dalaman antara Pemuda Pas Puchong dengan Pengurus PASTI tersebut yang mana Pengurus PASTI juga merupakan ketua Pas bagi cawangan PASTI itu beroperasi.

Sebenarnya Pengurus PASTI itu telah menguruskan tanggungjawabnya dengan baik malah PASTI dibawah pengurusannya merupakan salah satu PASTI yang terbaik di kawasan itu. Ini bermakna tidak ada satu alasanpun yang munasabah untuk menyingkirkan beliau sebagai pengurus PASTI.

Kalau benarpun beliau ada masalah dengan Dewan Pemuda Pas kenapa pemuda dengan sombong dan bongkak serta tidak bijak mahu melibatkan kanak-kanak yang tidak berdosa yang tak tahu apa-apa dalam masalah dalaman itu. Kenapa mahu dihukum kanak-kanak itu dan menganiaya semua ibubapa yang telah menghantar anak-anak mereka ke PASTI itu.

Amat menghairankan betapa orang yang tidak ada lansung visi dan berfikiran cetek sebegitu dilepaskan oleh para ahli Pas puchong menjadi ketua pemuda di kawasan Puchong. Orang seperti itu bertindak mengikut nafsu dan tidak dapat membezakan antara urusan pendidikan dengan urusan politik. kalau hal yang sama berlaku pada Umno, merekalah yang akan terlebih dahulu menjerit.

Sebagai salah seorang bapa yang telah menghantar anak-anaknya ke PASTI itu saya merasa terpanggil untuk menulis kebodohan tindakan Dewan Pemuda Pas Puchong yang kerana nyzmuk habis kelambu mahu dibakar.

Anak saya dan juga anak orang-orang lain berada di dalam situasi yang merbahaya dan tidak terjamin pendidikan mereka andaikata persengketaan dalaman antara Ketua Pemuda Pas Puchong dengan Ketua Pas cawangan itu berterusan.

Jika Ketua Pemuda Pas Puchong mahu memaksa Ketua Cawangan tersebut meninggalkan Pasti atas alasan tidak percaya, nampaknya Ketua Pemuda itu juga perlu melepaskan segala jawatannya  atas alasan yang sama juga iaitu keupayaannya memantau dan mengelola PASTI dengan baik dan profesional amat diragui.

Isu ini sudah lma berlarutan sejak berakhirnya pemilihan jawatan kuasa kerja Pas Puchong sesi 2011-2013 lalu di mana Ketua Cawangan yang saya sebutkan di atas membuat aduan kepada PAS Pusat bahawa berkemungkinan ada penyelewengan dalam pemilihan di Pas Kawasan Puchong.

Namun malangnya Pas Pusat sampai hari ini tidak melakukan sebarang siasatan dan seolah-olah membiarkan sahaja perkara berlaku dan lansung tidak mengambil berat aduan yang telah dikemukakan, malah membiarkan aduan bocor kepada pihak yang diadu yang sepatutnya rahsia.

Berikutan kelembapan ini maka ia menjadi isu yang tergantung dan kebocoran maklumat juga membuatkan ia merebak sampai anak-anak PASTI mahu dihukum oleh para pemuda Pas Puchong. Apakah pemuda begini yang boleh kita harapkan menjadi pemimpin masyarakat.

Ingat-ingatlah wahai Pemuda, anak-anak kecil jangan di zalimi. Jangan sampai Allah turunkan bala sebagai peringatan!
Share on :

9 comments:

  1. Jgn berlabelkan Pas kalau kerja buat tak menepati kehendak Allah...Kuasa & takhta punca alpa dlm mentabir secara jujur...
    Tiada yg terlepas dr hukuman Allah ...
    Jgn malukan Islam....
    Sedarlah...

    ReplyDelete
  2. memalukan............

    ReplyDelete
  3. mujog depa bukak jga wpun tk update blog. tuan moderator....slamat posa jumpa nanti iNSYAaLLAH
    b/p PASGPP

    ReplyDelete
  4. betul ke ni bro, dah dengar penjelasan both parties ka.. jangan jd org fasiq bro.. yang duk comment ni bro nak tanggung dosa dia orang ka kalau citte tu tak betul..

    ReplyDelete
  5. Anon 12.50,
    Tak perlu penjelasan both parties. Puak kau orang nak gaduh sesama kumpulan saya tak mahu ambil tahu Itu lantak kau oranglah!

    Tapi jangan libatkan anak-anak PASTI yang sedang belajar di cawangan tersebut. Mak bapak dia orang bayar duit dan mengharapkan yang terbaik.

    Mak bapak dia orang tak mahu dengar atau tengok surat berupa ugutan untuk memberhentikan segala perhubungan PASTI pusat ke PASTI tersebut.

    Kalau nak tengok surat ugutan tu pun boleh kita tolong scan dan sebarkan pada semua orang.

    Kalau gurubesar sekolah ada masalah dengan kementerian, kementerian tak pernah ugutan untuk menghentikan segala kemudahan persekolahan murid-murid di sekolah tersebut. Itu cara BN yang PAS dok keji sangat!

    Sebenarnya itulah cara yang betul !!

    ReplyDelete
  6. Subhi ni usrah selalu hadir tak.. kalau tak pernah hadir usrah, muhasabah la diri tu..
    ada ka masalah dalaman parti pergi publish kat blog.. kesian jemaah kat puchong... pekung dalam kain pergi selak tunjuk kat orang.. enta kianat pada jemaah ni sheikh..

    ReplyDelete
  7. Tegakkan kebenaran walaupun anda keseorangan.

    Adakah Anon 3.02 mahu katakan memang macam ini parti Pas atau hanya berlaku pada Pas Puchong?

    Kalau macam tu Parti Pas, elok ditinggalkan saja!!!

    ReplyDelete
  8. dah siasat ker sebab apa jadi macam tu.. mesti something wrong kalau jadi macam tu.. selesai la peringkat dalaman sheikh.. hang pi jaja satu dunia pekung dalam kain ni kerja kianat bukan nak tegak kebenaran..

    ReplyDelete
  9. Salam semua..pelik pulak apabila segelintir manusia tanpa nama di atas melabelkan saya khianat sebab dedahkan keboblokan pemuda Pas menjadikan PASTI sebagai tebusan agar sebelah pihak lagi meletakkan jawatan, dan akhirnya memang mereka telah sekatpun semua hubungan antara Pasti kawasan dengan Pasti cawangan tersebut.

    Ini bukan masalah dalam kain atau luar kain, ini masalah manusia yang mengikut nafsu dan tidak berfikir panjang.

    Kenapa saya kata kejam dan bodoh adalah kerana dalam peperangan menegakkan kalimah Allah pun semua orang tahu Islam melarang diapa-apakan kanak-kanak. Kanak-kanak tak payahlah diganggu sheikh semua oooi tak kiralah apa masalah hangpa semua.

    Khianat sebab dedahkan masalah dalaman Parti pada seluruh dunia tu pulak saya belajar daripada Ustaz Nik Abduh anak Tuan Guru yang kalau semua masih ingat meriuhkan satu Malaysia mendedahkan masalah dalaman Kelantan.

    Itu punya kes lagi berat sheikh semua ooi peringkat nasional tu. Ini baru peringkat tercerok Puchong, takkan itupun nak tuduh khianat...nak hancurkan parti sedangkan matlamat sebenarnya nak selamatkan Pasti dan menyedarkan pemuda agar lebih profesional berpolitik, kononnya nak jadi calon untuk wakil rakyat...lebih baik dedahkan saja agar rakyat tidak sipal membuat pilihan.

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License