Nak Tahu Kenapa Pas Merudum ???

Monday 21 March 2011

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjdqiHCiKcBmFYTHEKIw0pSWL0Id1lfGJrLGSrI9f1gchhpUmBDDtfosQ17D3M0HT1XcjrS6sh6bTltzmX0JO-eIUUcqGGhl-T7KjSZXcLxOYczV3r48P1AynOkiXIjh939SrJo4iFkgI_b/s1600/menerjang+badai-rasmi2.JPG
Inipun sama juga, orang lain semua salah, dia saja yang betul!
Jangan melawan, nanti aku tengking!
Dr Mujahid cuba membawa pemikiran bagaimana menyediakan Pas untuk semua orang. Ust. Ridhwan Mohd Nor dan mereka yang seumpama dengannya pula mahu mengekalkan Pas hanya untuk ahli Pas, dan mereka tidak membawa apa-apa pemikiranpun, hanya ulang cetak dan ulang tayang benda yang telah dihidangkan sejak dulu saja.

Kehebatan Ust. Ridhwan menghafal sejarah memang tak dapat dinafikan. Sambil pejam mata saja (dia selalu buat begitu bila mengeluarkan fakta-fakta sejarah) Ust akan menghamburkan semua peristiwa-peristiwa yang tercatit dalam sejarah.


Walau bagaimanapun keupayaan menghafal semua benda tidak bermakna mampu merungkaikan masalah besar masyarakat dan juga organisasi. Tidak bermakna mereka yang pakar dalam sejarah mesti juga bijak sebagai seorang ahli fikir dan mampu mengeluarkan idea-idea yang hebat.

Maka gesaan Dr Mujahid agar Pas hentikan dakyah meracun para ahlinya dari salah faham perlu dilakukan dengan kadar segera. Para ahli Pas perlu segera di sedarkan bahawa keupayaan seseorang ulama itu menghafal segala hukum, segala hadith, segala kitab dan lain-lain bukan bermakna dia juga seorang pemimpin yang berinovasi, bukan bermakna dia mampu melihat dan membaca pergerakan masyarakat dengan hebat, bukan bermakna dia mampu menjadi ahli politik yang hebat.

Jika keupayaan menghafal menjadi ukuran, maka sudah tentu VCD atau Tumbdrive lebih hebat dari ramai manusia, benda itu boleh dimuatkan dengan berjuta-juta maklumat. Jika kita ulang dan ulang teknik yang sama dengan harapan untuk mendapatkan hasil yang berbeza, fikiran kita sebenarnya tidak waras.


Baca laporan di bawah ini:


Buku ' Menerjang Badai ' tulisan Ust. Ridhwan Mohd Nor difensif , tidak menjawab persoalan


Buku ‘Menerjang Badai’ yang diforumkan di Kelantan dilihat seakan difensif ketika menjawab beberapa persoalan mengenai buku kontroversi Dr Mujahid Yusof Rawa, iaitu ‘Menuju PAS Baru’.

Wakil Jabatan Urusetia Penerangan PAS Kelantan memberitahu, Ustaz Ridhwan Mohd Nor dilaporkan langsung tidak menjawab soalan moderator mengenai ‘Teori Lekuk’ yang dikemukakan oleh Dr Mujahid.

sambung baca katsini.

Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License