PAS Tak Akan Tubuhkan Negara Islam - Dr Dzulkefly Ahmad

Tuesday 1 February 2011

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad memberi kenyataan di atas dalam satu forum hujung minggu baru-baru ini. Terdapat 60% muslim dan 40% non-musim di negara kita.

Dalam 60%  muslim pula tidak semua yang menyokong Pas. Itu alasan logiknya kenapa agak mustahil untuk Pas mendirikan negara Islam.

Telah ramai kenyataan dari pimpinan Pas yang mengeluarkan kenyataan yang sama dalam isu negara Islam. Kenyataan ini dilihat sebagai satu kompromi untuk meneruskan perjuangan politik dalam pakatan rakyat bersama dengan DAP dan juga PKR.


Banyak kenyataan-kenyataan seperti itu terkeluar tanpa dibantah oleh golongan ulama dalam Pas. Adakah mereka juga bersetuju dengan kenyataan tersebut atau tidak menjadi satu tanda tanya.

Sesuatu yang menarik perhatian saya adalah apabila Dr Mujahid, ahli parlimen Parit Buntar mengeluarkan buku terbarunya yang mengajak Pas memperkemaskan partinya dan melihat semula struktur parti bagi memantapkannya, ramai pula golongan ulama Pas yang menentang secara terbuka.

Tiada lansung kenyataan mahu meninggalkan negara Islam dalam buku Dr Mujahid. Buku tersebut cuma mengajak agar cara kerja Pas diolah semula dengan lebih berlandaskan keadaan sebenar bentuk demography negara Malaysia yang mempunyai perlembagaannya sendiri yang jika ditafsirkan secara positif banyak menyokong dan membantu perkembangan agama Islam.

Malangnya idea hebat Dr Mujahid ditolak mentah-mentah oleh golongan ulama dengan alasan bahawa Pas tidak boleh lari daripada perjuangan menegakkan Islam. Adakah penolakan mereka ada kepentingan politik?... Wallahu'alam.

Baca laporannya di sini.

Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License