Kebangkitan Rakyat Di Mesir - Bukan Kebangkitan Pergerakan Islam !

Wednesday 2 February 2011

Jika kita fikir pemberontakan yang berlaku di mesir atau Tunisia adalah kebangkitan pergerakan Islam, kita sebenarnya salah. Habis siapa yang bangun sekarang ini?.

Di mesir jumlah anak muda melebihi 50% daripada populasinya. Kebangkitan yang ada adalah kebangkitan generasi internet, twitter, facebook dan lain-lain lagi seumpama dengannya.

Kebangkitan rakyat yang dambakan kehidupan yang lebih baik, peluang pekerjaan, peluang perniagaan, makan yang cukup dan enak, tempat berteduh yang selesa, kebebasan meluahkan pendapat, kebebasan mengkritik, kebebasan membentuk kehidupan yang diingini dan sebagainya.


Mereka yang bagun dan turun ke jalan raya adalah terdiri dari pelbagai lapisan. Ada islamis, ada sekular, ada liberal, ada fundamentalis, ada radikal, ada nasionalis dan semuanya ada.

Ikhwan Muslimin hanya menyertai pergerakan selepas dari kebangkitan. Mereka hanya tidak mahu melepaskan peluang yang amat baik tersebut, bagi menjatuhkan musuh yang selama ini menindas mereka. namun tidak menonjolkan para pemimpin mereka.

Menariknya apabila mereka menyertai tunjuk perasaan, gelombang yang dihasilkan menggandakan diri dengan amat besar sekali. Ini bukanlah sesuatu yang pelik. Walau mereka sebuah organisasi yang diharamkan, kewujudan mereka tidak pernah padam. Mereka mempunyai sistem dan struktur organisasi yang amat terancang dan tersusun. Tidak hairanlah mereka amat ditakuti.

Bertambah menarik apabila mereka sama-sama membentuk kumpulan jawatan kuasa bersama dengan semua pergerakan lain yang ada. Mereka bersetuju untuk mendengar suara ramai bagi perlatikan ketua, dan bersetuju bergerak secara kolektif.

Ini bermakna pergerakan seperti Ikhwan Muslimin juga sedar bahawa mereka perlu berkompromi dengan situasi semasa, situasi negara dengan kepelbagaian yang ada untuk perjuangan mereka. mereka bukan radikal atau seperti Taliban yang sering di labelkan oleh musuh mereka. Mereka sedang berpijak dibumi yang nyata.

Milihat situasi yang berlaku di Mesir dan juga Tunisia memberikan kefahaman pada saya mengapa Dr Mujahid Menulis buku terbarunya mengenai lekuk ke-3 yang perlu diambil perhatian oleh Pas jika Pas ingin terus relevan dan memperkemaskan diri mereka dalam persada politik tanah air.

Baca laporan menarik mengenai topik yang sama di sini. juga kat sini
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License