Bantah Kerajaan Selangor Guna Duit rakyat Bela ADUN Seri Muda - UMNO

Tuesday 1 March 2011

ADUN Seri Muda, YB Suhaimi Shafiei didakwa atas tuduhan menghasut berikutan tulisannya mengkritik perlantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi.

Kerajaan Negeri Selangor ambil keputusan untuk menanggung semua perbelanjaan kos guamannya dalam kes tersebut atas dasar Suhaimi menulis untuk mempertahankan kerajaan negeri.

Tulisan tersebut di perbesarkan dengan sehingga satu laporan polis dibuat terhadap ADUN Seri Muda. Apa lagi siasatan sepantas kilat dilakukan dan dia terus didakwa cuba mencetuskan "peperangan" terhadap Sultan Selangor. Cuma mungkin baik siit daripada kumpulan al-maunah saja.

Baca laporannya di sini.


Kebetulan saya ke bangunan UMNO kat Shah Alam tadi dan terlihat banner mengumpul tandatangan bantahan kerajaan negeri guna duit rakyat untuk bela Suhaimi.

Memang sah UMNO beada di sebalik semua kacau bilau ini. Yang pastinya rakyat dari parti dan penyokong UMNO tak rela duit mereka digunakan untuk membela pemimpin yang mereka tak "redho". Mereka tak redho Allah memenangkan Pakatan Rakyat di Selangor.

Apa pendapat anda, setuju atau tak setuju kerajaan negeri tanggung kos pembelaan YB suhaimi!. Adakah pakatan rakyat sepatutnya menggunakan duit parti dalam hal ini ?
Share on :

3 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Mohon mencelah tuan, Pakatan Rakyat juga tidak Redho Allah memenagkan BN di negeri-negeri lain. Lapuran Polis dan kumpul tandatangan juga dilakukan oleh PR jadi kalau boleh jangan libatkan ALLAH dalam politik dunia sebab rancangan Allah, hanya Allah yang tahu. Kita? kita ikut sahaja fahaman masing-masing kerana memang Allah jadikan kita berpuak2.
    Wallahuaklam

    ReplyDelete
  2. anonymous,
    Apa mungkin Allah boleh diketepikan ?

    Tiada sesuatupun yang telah sedang dan akan berlaku diluar kuasa dan ilmu Allah.

    Apabila kita kata anu itu tak redho dengan apa yang terjadi, yang diceritakan di sini adalah si anu.

    Tak kira samada dia Pas, Umno, PKR BN, PR dan sebagainya.

    Kita cerita tentang makhluk, makhluk tak dapat lari dari Tuhan Penciptanya.

    "...jangan libatkan Allah dalam politik dunia..." mustahil dapat dilakukan!

    ReplyDelete
  3. Sbg rakyat saya sokong kerajaan negeri membantu YB kerana Yb ingin pertahankan hak rakyat dan sultan. Tapi di selewingkan fakta dpd pihak yg suka hak rakyat dan sultan di perkutakatikan demi perasaan tamak holba insan dayus.

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License