Menuju Negara 4Malaysia - Mohon PM Baca Cadangan Ini

Saturday 15 January 2011

Utusan persoalkan kenapa YB Cina tak kacau peniaga cina
di Pulau Pinang.
Sepanjang ingatan saya tak pernah ada berlaku isu perkauman diperbesarkan dalam segenap hal oleh banyak pihak sehebat sejak akhir-akhir ini. Semakin kerajaan di bawah PM Najib cuba melahirkan negara yangtinggi perpaduannya dengan memperkenalkan konsep 1Malaysia, semakin menjadi-jadi isu perkauman dimainkan.

Hari ini sahaja Utusan Malaysia, yang sepatutnya menjadi media yang membantu usaha kerajaan ke arah 1Malaysia, menyiarkan gambar serta laporan "pilih bulu" yang berlaku di Pulau Pinang. Gambar peniaga tepi jalanan dari kalangan kaum Cina di Georgetown terpampang besar sekali untuk menggambarkan bahawa ADUN Komtar, iaitu seorang cina Ng Wei Aik, adalah seorang yang anti kaum selain cina. Lihat sini.


Seorang lagi Cina mabuk di Selangor Ronnie Liu, juga dimuka depan digambarkan sebagai satu makhluk yang mahu merosakkan orang Melayu/Islam.

Apakah tujuan sebenar akhbar utusan tersebut dengan sengaja megiklankan bertita sensasi berbaur perkauman itu pada muka surat depan?.

Untuk meleraikan segala masalah yang berlaku bersangkutana dengan perkauman mungkin elok PM kita perkenalkan konsep yang baru yang lebih menggambarkan situasi sebenar negara kita. Konsep itu boleh kita namakan sebagai konsep 4Malaysia, yang bermaksud ada 4 bangsa, iaitu:

  1. Melayu
  2. Cina
  3. India
  4. Dan lain-lain.
Dengan konsep tersebut kita seterusnya boleh memulakan aktiviti pengasingan yang memang banyak sedang berlaku di serata negara, cuma kita hanya perlu mengemaskinikannya sahaja.
  1. Pengasingan sekolah kepada 4 jenis menurut senarai bangsa yang disebut di atas. Ini memang dah berlaku sejak merdeka dan semua bangsa masih berkeras mahu sistem ini diteruskan.
  2. Pengasingan penempatan mengikut bangsa. Ini akan mengelakkan timbul ketegangan seperti aduan bising bunyi azan dan seumpamanya. Saya juga tak akan merunggut lagi jiran-jiran dari kalangan penganut Hindu menjadikan rumah sebagai kuil.
  3. Pengasingan Majlis-majlis bandaran mengikut bangsa. Adun Cina hanya kuatkuasakan undang-undang untuk orang cina dan begitulah juga dengan kaum-kaum lain.
  4. Pengasingan aktiviti perniagaan. Cina berniaga dengan cina dan melayu berniaga dengan melayu. Melayu tak boleh beli di kedai cina dan cina tak boleh beli kedai melayu. Ini akan dapat mempercepatkan peningkatan ekonomi kaum melayu dan akan menyebabkan kaum cina bungkus di persaingan perniagaan tempatan kerana tak ada melayu yang membeli dari kedai cina (Kalau beli boleh dikenakan tindakan undang-undang).
  5. Pengasingan pilihan raya mengikut kaum. Kaum cina bertanding untuk mewakili orang cina dan kaum melayu untuk melayu dan seterusnya. Ini menyelesaikan dilema orang melayu terpaksa mengundi untuk orang cina.
  6. 4 timbalan perdana menteri untuk semua kaum yang dinyatakan diatas. Perdana Menteri mesti Melayu sebagai perakuan hak istimewa orang melayu.
Banyak lagi yang boleh difikirkan untuk menjayakan rencana 4Malaysia ini dan tidak memerlukan bantuan APCO atau apa-apa sahaja perunding luar dan ia adalah unik hak cipta terpelihara negara kita sahaja. Jadi pembangkang tak akan ada modal untuk menuduh konsep ini sama dengan 1Israel.

Yang paling menarik saya rasa ialah mepromosikan semua orang lelaki Melayu perlu menterjemahkan konsep 4Malaysia ini dengan berkahwin 4 dari kalangan berbagai bangsa. Melayu perlu menjadi isteri tua kerana menghormati kedudukan istimewa orang melayu. Cina sebagai isteri muda kedua, India sebagai Isteri muda ke3 dan yang ke4 boleh dipilih dari kalangan bangsa lain-lain.

Mereka yang mengamalkan poligami 4Malaysia ini akan diberikan penghargaan negara dan pangkat serta elaum khas atas jasa mendokong konsep 4Malaysia dan juga atas faktor kejayaan berjaya meyakinkan bangsa lain untuk menjadi isteri.


Bagi bangsa lain pula, mereka dialu-alukan mengamalkan konsep perkahwinan 4Malaysia sebaik sahaja mereka memeluk agama Islam dan akan diberi status warga istemewa bertaraf 4Malaysia yang berstatus dibwah sedikit daripada status bumiputra. Ha!!! apa macam ?
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License