Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas kedah Keliru !

Thursday 30 December 2010

Dewan Ulama Pas Kedah sebulat suara menolak pandangan Dr Mujahid semalam dan antara kenyataan Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Kedah adalah: 

"Pas tidak lemah dengan ulama, tetapi ia perlu diperkasakan, bukan diubah kepada sebarang konsep lain"

Kenyataan ini seolah-olah Dr Mujahid mahu menolak kewujudan Majlis Syura yang ada di dalam Pas yang mempunyai kuasa tertinggi, sedangkan tiada satupun ayat yang menunjukkan Dr Mujahid berkata begitu dalam bukunya.


Dr Mujahid juga tidak ada lansung berkata Pas lemah dengan ulama dalam bukunya. Kenapa pula Timbalan Ketua Dewan Ulama menuduh begitu. Hingga tergamak beliau menuduh Dr Mujahid cuba mengelirukan orang ramai serta cuba menanam perasaan benci orang ramai kepada ulama.

Adakah timbul kebencian orang ramai kepada ulama yang tidak membawa aspirasi nasional? semua ulama Pas yang ada dalam Pas sekarang ini hanya berjuang di dalam negara Malaysia, cuba memberikan kefahaman Islam kepada Rakyat Malaysia dan tinggal, bernaung, cari makan, dan matipun di bumi Malaysia ini.

Bukankah itu aspirasi aktiviti yang berkisar sekitar nasional sahaja. Apa ada ulama Pas yang jangkauan dakwahnya meluas sehingga ke peringkat dunia kah selama ini?. tak adapun malah dakwah kepada orang cina juga amat tidak membanggakan.

Hampir semua ulama Pas berulang ceramah dan berulang kuliah dari masjid ke masjid dan surau ke surau menumpukan ceramah serta pengajian hanya pada para penyokong mereka, dan pada umat Islam yang memang mahukan kebaikan.

Apa ada penambahan jangkauan dakwah dengan aktiviti sebegitu?, yang pastinya setiap kali ceramah ada sampul tebal yang masuk ke poket, kalau pergi turun padang beri penerangan pada orang bukan Islam kena pakai wang sendiri.

Kalau di peringkat nasionalpun masih tidak menyeluruh, apatah lagi diperingkat global, maka ternyata perjuangan Pas hanya berkisar dalam peringkat nasional samada secara sedar atau tidak sedar. 

Maka amat pelik apabila seseorang berkata kita perlu menasionalkan cara perjuangan kita  bagi mencapai matlamat penegakan Islam di bumi Malaysia tiba-tiba menjadi salah, sedangkan itulah yang sedang dibuat oleh mereka.

Ini merupakan kali kedua para ulama menjatuhkan hukum tanpa terlebih dahulu mengajak tuan punya tulisan bermuzakarah. Yang paling pelik sekali adalah sepatutnya segala keputusan berkenaan politik parti Pas perlu keluar dari pihak pusat iaitu majlis syura.

Dewan ulama pas pusat yang sepatutnya mengatur satu majlis muzakarah agar semua kenyataan di peringkat bawahan nampak selari dan tiada pertelingkahan. Barulah tersusun dan manpak cantik. Pas adalah parti Politik, perlu diingat sekali lagi Pas adalah parti politik!!!.

Mungkin mereka sebenarnya sedang berpolitik???
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License