Majlis Ulama Pas Kedah Sebulat Suara Tolak Pandangan Mujahid Dalam Buku Terbarunya !

Wednesday 29 December 2010

Sebagaimana yang dijangkakan akan ada konflik timbul lanjutan dari tulisan Mujahid Yusuf Rawa dalam buku terbarunya Menuju Pas Baru, Majlis Ulama Pas Kedah hari ini sebulat suara menolak pandangan yang diutarakan oleh Dr Mujahid. Lihat laporan dalam malaysiakini edisi Bahasa Inggeris.

Penolakan ini bermakna segala lobi golongan ulama yang mahu mengekalkan status quo cara perjuangan Pas telah berjaya mendapat tempat dihati para Ulama Pas. Ini juga bermakna para ulama Pas menolak akan keperluan adanya satu gelonbang baru dari segi strategi perjuangan yang mampu melonjakkan Pas ke tahap yang lebih baik.


Nampaknya teori Dr Mujahid bahawa sepanjang sejarah perjuangan Pas muncul berbagai konflik yang setiap kali konflik tersebut berjaya diatasi akan membawa Pas ke satu tahap yang lebih baik sedang berlaku. Ternyata buku itu sedang mencetus konflik aliran pemikiran yang mana jika Dr Mujahid mempunyai sokongan yang kuat akan membentuk 2 aliran pemikiran yang saling bersaing hebat.

Kita perlukan persaingan seperti ini bagi memaksa timbulnya satu kepimpinan yang kuat yang dapat menerajui pergerakan Pas ke tahap yang lebih hebat. Syabas Dr Mujahid anda pencetus kepada peluang pembaharuan itu. Apapun keputusannya kita harapkan ia membawa satu impak yang positif kepada perjuangan Pas secara keseluruhannya.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License