Jangan Dengar Cakap Zaid, Dia Menghidapi Penyakit "Ketagihan Letak Jawatan"

Wednesday 10 November 2010

Ramai yang menggunakan tindakan Zaid Ibrahim menarik diri dari bertanding dan meletakkan semua jawatan sebagai hujah bahawa PKR merupakan parti yang tidak stabil dan perlu ditinggalkan. Terlebih lagi semua pesaing politik PKR terutamanya Umno atau BN.

Kalau kita lihat segala tindak tanduk Zaid Ibrahim sejak 2007, kita akan dapati satu kecenderungan yang pelik yang jarang berlaku pada orang lain.

Mungkin ini satu penyakit ketagihan yang dihidapi oleh Zaid Ibrahim yang jarang-jarang berlaku pada orang lain. Tak kena sikit dia letak jawatan dan tak ada sesiapa yang dapat pujuk dia untuk berhenti letak jawatan.

Saya percaya Zaid menghadapi masalah ketagihan letak jawatan dan dia memerlukan rawatan pakar bagi menenangkan jiwanya yang mencari kepuasan melalui tindakan letak jawatan. Zaid memerlukan tempoh bertenang yang lama dari memegang apa-apa jawatan dan juga perlu menghindari dari menyertai apa-apa organisasi bagi merawat ketagihannya itu.

Tindakan seseorang yang dilihat seperti dihidapi penyakit ketagih letak jawatan tidak boleh diambil sebagai modal untuk membuat rumusan terhadap organisasi yang dikecamnya. Memang PKR mempunyai masalah malah tidak ada satu organisasipun yang sunyi dari masalah dan menjadi tugasan setiap anggota dari parti untuk bersama-sama menyelesaikan masalah dan kuatkan parti. 

Memang orang yang tidak punyai masalah kewangan dan mengecapi kejayaan dari segi karier dan material mempunyai selera yang pelik.

Berita serta gambar diambil dari sini.
Share on :

2 comments:

  1. Aku tak pelik sebab kat kawasan perumahan aku ada sorang macam ni.

    Dulu dia sibuk minta jawatan s/usaha persatuan penduduk lepas tu letak jawatan sebab konon tak puashati. Sebagai s/usaha dia berlagak macam Pengerusi.

    Kemudian dia menyibuk nak jadi s/usaha surau. Letak jawatan sebab orang tak nak ikut cakap dia.

    Dia minta pula jadi s/usaha Pemuda UMNO. Orang bagi gak tapi letak jawatan sebab tak dapat jadi perwakilan pemuda.

    Dia bertanding pula nak jadi Ketua Cawangan tapi gagal menyebabkan dia keluar UMNO dan buka cawangan PAS dan jadi Ketua.

    Bila orang lain cabar dan kalahkan dia, dia keluar PAS dan balik kampung jadi ahli UMNO semula.

    hehehehe

    Aku Yang Bingai
    Politik: Antara Zaid, PakLah, Tun Ghafar dan Ku Li

    ReplyDelete
  2. COD Pamp Suisse Lady Fortuna 10 gram.

    Untuk harga emas jongkong dan lain-lain yang hebat sila hubungi kami di goldman999.9@hotmail.com.

    Harga lagi murah daripada Habib, Poh Kong dan dealer2 lain. Bekalan antarabangsa.

    Rebat tunai segera RM 1,000 hingga RM 1, 500.

    Harga belian semula yang hebat.

    Terima kasih.

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License