Anak Tirikan Kontraktor Umno Di Pulau Pinang

Thursday 11 November 2010

Cita-cita Khir Toyo menjadikan Selangor negeri zero
pembangkang suatu masa dulu tak kesampaian.
 
Kerajaan PR hari ini mengaku ada membuat pekeliling di semua agensi kerajaan Pulau Pinang menyenaraikan semua kontraktor kelas F yang mempunyai hubung kait dengan Umno. 

Tetapi mereka tak mengaku ia ada kaitan dengan menafikan hak kontraktor Umno untuk mendapatkan projek. Senarai yang di edarkan adalah sebagai maklumat sahaja, kata mereka. Baca sini untuk maklumat asal.

Saya teringat suatu masa dulu dalam satu persidangan Umno di PWTC. Ketika itu Umno berada di kemuncak kekuatannya dan ramai perwakilan membangkikan wawasan "zero pembangkang". Satu wawasan bermatlamat untuk para pembangkan terus sirna dari muka bumi Malaysia ini.

Negeri Selangor merupakan antara negeri yang kuat menggerakkan usaha zero pembangkang ini. Khir Toyo ketika itu masih merupakan menteri besar selangor merupakan antara juara Umno yang bercita-cita untuk menghapuskan pembangkang dari muka bumi ini.


Maha Besar Allah, kini Khir Toyo disumpah menjadi pembangkang dan sudah tentu dia dapat merasakan sendiri betapa sayunya jiwa apabila orang ramai melaung-laung untuk menyahkan pembangkang seolah-olah mereka sampah yang tidak berguna.

Antara gesaan para perwakilan Umno dulu dalam usaha melenyapkan pembangkang ialah menggesa kerajaan BN menyenaraikan para usahawan dan para kontraktor yang ada hubung kait dengan Pas atau Parti pembangkang lain. Saya kaget mendengar perbahasan mereka yang disiarkan di radio dan terasa betapa "juah" mereka ketika itu.

Kini Umno dapat merasakan sendiri apabila mereka menjadi pembangkang di Pulau Pinang dan seolah-olah mereka lupa apa yang telah mereka lakukan dulu, kini mereka bangun mengecam dan mempersoalkan tindakan kerajaan negeri menyenaraikan para kontraktor Umno sedangkan tak pernah saya dengarpun ada kenyataan dari mana-mana pemimpin pembangkang agar menolak semua kontraktor Umno. Dalam sepanjang saya hidup cuma Umno yang saya dengar terang-terangan mahu berbuat begitu.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License