Cubaan Lagakan PR Di Pulau Pinang !

Thursday 25 November 2010

Blog Pemuda Pas Pulau Pinang memaparkan cubaan pihak tertentu yang menaikkan banner kononnya daripada Pemuda Pas Pulau Pinang membantah isu tanah, isu wang judi, isu premis judi dan lain-lain. Klik di  sini untuk laporan asal.

Tindakan serta merta Pemuda Pas Pulau Pinang membuat laporan polis dan menurunkan segala banner tohmahan tersebut setelah mendapat laporan adalah terpuji dan dapat menyelamatkan ramai rakyat P Pinang daripada tertipu.

Banner-banner fitnah didapati tergantung di Balik Pulau, Permatang Pauh dan juga Kepala Batas.


Rakyat yang peka dan berfikiran rasional sudah tentu tidak akan mudah terpengaruh dengan sebarang banner, surat layang atau lain-lain seumpamanya kerana sesiapa sahaja yang tidak bertanggung jawab boleh melakukannya.

Kita hendaklah mendapatkan kesahihan sesuatu berita terlebih dahulu daripada sumber rasmi sebelum membuat sebarang rumusan.

Tetapi malangnya bukan semua manusia akan berfikiran rasional, ramai yang mudah tertipu dan beremosi terus membuat rumusan tanpa menyelidiki terlebih dahulu.

Dengarnya Pemuda Pas P Pinang dah tahu siapa yang pasang banner semua tu. Klik di sini
Share on :

3 comments:

  1. assalamualaikum...minta tolong sahabat link blog ini...
    http://lagenda-cinta.blogspot.com/
    terima kasih

    ReplyDelete
  2. Sapala yang buat fitnah ni. Pemuda PAS takkan sekali2 bantah pusat2 urut dan judi di pulau pinang. Nanti pemuda2 pas nak berurut di mana selepas balik dengar kuliah agama tuan guru Lim? apada..

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License