Kami Tak Kisah Pun! - Pemuda UMNO

Saturday 5 June 2010

Timbalan ketua pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim, menjawab tuduhan pembangkang yang mengatakan pemuda UMNO kecewa apabila rombakan kecil kabinet tidak memasukkan nama ketua mereka dalam senarai ahli kabinet baru. Baca di sini laporan dari bernama.

Timbalan kepada Khairy tersebut menegaskan mereka sedikitpun tak terasa atau kecewa pada Najib yang tidak melantik Khairy sebagai menteri atau timbalan ketua menteri malah tak kisahpun. Samalah juga dengan berkata, memang padan muka ketua kami tak terlantik, kami memang tak suka kat dia.

Kalau tanya Khairy tentu dia jawab dia tak kecewa lansung dan akan menumpukan pada kerja parti saja. Tetapi tak payahlah nak bohong, dalam hati tentu menyumpah dan sedih kerana Presiden UMNO tak suka kat dia atau tak mengakui keupayaannya menyumbang untuk kerja pentadbiran negara.

Nampaknya jalan ke depan makin samar-samar untuk Khairy.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License