Chua Jui Meng - Kena Tarik Title Datuk Dari Johor

Friday 11 June 2010

Bernama melaporkan semalam bekas menteri kesihatan, Chua Jui Meng dilucutkan anugerah dari Sultan Johor yang membawa pangkat Datuk semalam. Klik di sini untuk berita lanjut.

Ada lagi anugerah dari Pahang yang juga membawa gelaran Datuk kepadanya dan dengar khabarnya akan diserahkan kembali juga. Ini bermakna tiada lagi sebarang gelaran kepada Chua Jui Meng, dia telah kembali menjadi seperti orang biasa, rakyat biasa yang tiada apa-apa gelaran.

Apa yang dapat kita simpulkan dalam hal perlucutan gelaran atau anugerah ini ialah, ia akan menjadi satu upacara perlatikan atau anugerah ekslusif untuk ahli atau penyokong Barisan nasional sahaja. Jika anda pembangkang dan sejauh manapun sumbangan anda kepada negara dan masyarakat, anda tak layak mendapat anugerah.

Selamat datang kembali Chua Jui Meng, tiada apa hinanya menjadi rakyat biasa tanpa apa-apa gelaran.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License