Ini Pandangan Yang Bernas Dan Perlu Di Ambil Perhatian Oleh PR

Wednesday 3 March 2010

Utusan semalam melaporkan kenyataan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin yang mengingatkan kepada semua pimpinan UMNO agar jangan leka dan bertepuk sorak dengan apa yang sedang berlaku pada PR pimpinan Anwar Ibrahim.

Apa yang berlaku pada PR terutamanya dalam PKR lansung tidak menggambarkan bahawa BN telah kuat dan telah diterima semula oleh rakyat, dan ia tidak ada kena mengena UMNO sebenarnya.

Konflik dalaman yang berlaku dalam PKR adalah konflik yang sama sering dan sedang berlaku dalam UMNO, cuma bezanya apabila berlaku krisis yang sekecil-kecil semutpun pada PR, media akan membesarkannya setaraf dengan peristiwa Tsunami yang melanda Aceh.


Segala isu akan diulang-ulang, dispekulasikan dan ditokok tambah dengan sesedap rasa untuk menjadi bahan propaganda dan bahan lawak serta bahan pelaris akhbar-akhbar.

Seperti yang telah saya sering tegaskan, ahli-ahli PKR adalah serpihan dari ahli UNMO atau BN, mereka cuma tukar baju, badannya masih tetap orang yang sama, "dunia", "dunia", "dunia", "apa yang aku dapat", "mana projek aku", "mana pangkat aku".

Walau bagaimanapun syabas diucapkan pada Khairy Jamaluddin, kalau anda tak dikenali dengan jaguh rasuah dan jaguh projek, anda tentu lebih hebat !

Sila ikuti laporan di bawah,


Konflik PKR bukan kayu ukur kekuatan UMNO – Khairy

KUALA LUMPUR 2 Mac – Ahli-ahli UMNO diingatkan supaya tidak leka dan mengandaikan kononnya parti terbesar orang Melayu itu semakin kuat ekoran tindakan beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) keluar dari parti itu.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menegaskan, keadaan yang berlaku dalam PKR itu tidak ada kena mengena dengan UMNO.
Katanya, ia cuma boleh memberi gambaran bahawa parti yang diterajui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim itu semakin ditolak oleh rakyat.
Apa yang penting, kata beliau, UMNO perlu muncul sebagai sebuah parti terbaik dalam konteks membela, menjaga dan memelihara kebajikan rakyat.
“Jangan sesekali kita andaikan UMNO menjadi kuat berikutan keluarnya beberapa pemimpin PKR sejak akhir-akhir ini. Tindakan pemimpin-pemimpin terbabit tidak ada kena mengena dengan kita.
“Keadaan itu tidak boleh dijadikan kayu pengukur terhadap kekuatan UMNO dan mesej ini perlu disampaikan kepada semua pihak di dalam UMNO,’’ katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda UMNO di Menara Datuk Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan keluar PKR oleh beberapa pemimpin parti itu antaranya bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim; Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim; bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin dan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng.
Khairy sebelum ini pernah memberi reaksi bahawa dilema, kecelaruan dan konflik dalaman pakatan pembangkang hendaklah dijadikan iktibar oleh BN supaya tidak leka dan seronok dengan keadaan berkenaan.
Dalam pada itu Khairy berkata, konflik yang berlaku dalam PKR ketika ini adalah berpunca daripada hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan khususnya Anwar.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License