Sheikh Zulkifli Noordin - Tunggu Apa Lagi !

Friday 5 March 2010

Semalam Ahli Parlimen Bandar Baharu, Kulim keluar meninggalkan panel disiplin parti yang sepatutnya mendengar hujahnya mempertahankan tindakannya membuat laporan polis terhadap Khalid Samad dari Pas.

Alasannya adalah panel yang ada seramai 4 orang, 3 darinya adalah bukan muslim dan mereka tidak layak membahaskan isu agama Islam dengannya.

Dari kenyataan Zulkifli Noordin, beliau mahu menjelaskan kenapa dia tidak bersetuju dengan isu pemakaian perkataan Allah dalam akhbar mingguan penganut Katholik. Atau ringkasnya ialah dia mahu membahaskan fatwa yang sesuai dalam keadaan semasa terhadap penggunaan perkataan Allah di Malaysia.


Sebagai seorang Peguam, dia sepatutnya faham di mana isu fatwa sepatutnya dibahaskan dan siapa yang layak membahaskan fatwa serta perundangan Islam.

Oleh kerana dia benar-benar memperjuangkan fahaman agama Islam dalam isu penggunaan perkataan Allah, maka saya menganggap statusnya adalah status ulamak atau ilmuan Islam yang amat mendalam serta terperinci ilmunya, maka saya menggelarkannya Sheikh Zulkifli Noordin.

Saya menyarankan Sheikh Zul bermuzakarah dengan ulama-ulama lain yang tidak sefahaman dengannya bagi mendapatkan kebenaran, bukan menggunakan platform Parti PKR yang terang-terang berfahaman liberal dalam pengamalan agama Islam.

Ketika ditemuramah semalam dalam berita, dia menekankan betapa tidak adilnya cara mereka yang keluar dari PKR dilayan oleh para pimpinan PKR. Dia menyatakan bahawa sampai hari ini tiada seorangpun yang datang menemuinya bagi berbincang dengannya terhadap segala masalah yang telah ditimbulkannya.

Takkan dia tak faham lagi bahawa orang mahu dia meninggalkan PKR, keluar saja dari parti yang tidak seiring dengannya, masuklah pertubuhan atau organisasi Islam lain yang bertaraf NGO atau buat NGO sendiri dengan dia menjadi ketua atau dapatkan tauliah mengajar bagi menyebarkan ilmu Islammya yang amat mendalam, bukan dengan berpolitik dan tak tahu adap serta tata susila dan permainan politik.

Tunggu apa lagi YB Sheikh Zulkifli Noordin, keluar saja dari PKR dan umumkan bahawa mulai dari saat ini saya menjadi pendakwah bebas yang bertaraf Ulama!.

Laporan dari Bernama di bawah:

Zulkifli Noordin Walks Out Of PKR Disciplinary Hearing
PETALING JAYA, March 4 (Bernama) -- Kulim Bandar Baharu Member of Parliament (MP) Zulkifli Noordin Thursday walked out of the Parti Keadilan Rakyat's (PKR) disciplinary board hearing on the use of the word "Allah", in protest of the case being heard by non-Muslim members in the panel.

He said the action was taken based on his stand not to allow or recognise non-Muslim panel to discuss matters regarding Islam.

"Although I was ready to answer all the allegations and enter my defence, I just cannot accept and allow a non-Muslim panel to judge me regarding matters of my religion. That's why I walked out," he told a press conference about 30 minutes after the hearing.

Zulkifli said of the four panel members, only Syed Kamarulzaman Syed Kaber, who also led the panel, was a Muslim, while three others were Christian activists Goh Keat Peng and Chew Swee Yoke, and a Hindu devotee, T.Kumar.

While acknowledging the credibility and racial integrity of the panel members, he said it was only right for the party to respect his requests to be heard by an all Muslim panel as stated in his three earlier notices.



"I have given them ample time to consider my request and they wanted until today. Meanwhile, I have also made a request to the secretary-general's office to review the panel and appoint only Muslims as its members," he said.

The MP was referred to the board following the police report he lodged against Shah Alam MP Khalid Samad of PAS regarding the use of the word "Allah".

When asked why he had yet to leave the party, Zulkifli said:

"I still have patience. I still have faith in the party leadership."

Nevertheless, Zulkifli believed that today's incident was an ill-intended scam mounted by the 'little pharaohs' in PKR to defame and humiliate him and Islam, to ensure that he would be sacked from the party.

"If they want to sack me, at least let justice be done, or seen to be done.

Justice is for me to be heard by my fellow Muslims because this matter involves the use of the word "Allah"," he said.

He also insisted that the existing panel be dissolved and a new all Muslim panel be set up.

"I'm willing to face the new panel at any given time," he added.

-- BERNAMA
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License