Umno: Akhir Sebuah Impian, Mohamed Rahmat

Monday 11 January 2010


Buku ini merupakan buah tangan arwah Tan Sri Mohamed Rahmat yang telah pulang ke rahmatullah baru-baru ini pada 1 Januari 2010.

Menarik membaca catatan pengalaman Tok Mat dalam dunia politik tanah air yang dilaluinya dari pemerintahan Tunku Abdul Rahman sehinggalah ke zaman Dr Mahadhir.

Dari cerita yang ditulis dalam buku ini saya dapat memahami serba sedikit perangai para pemimpin kita dari perspektif Tok Mat, yang paling ketara sekali ialah perangai kedekut Tun Dr Mahadhir yang Tok Mat ulang sampai 2 kali pada tempat yang berlainan.


Tok Mat mengaku dalam buku tulisannya bahawa dia tidak mempunyai cita-cita tinggi untuk menjadi orang teratas dalam parti Umno, maka dia bekerja dengan setia sebagai orang yang sentiasa memastikan ketuanya berjaya.

Dengan prinsip itu dia tidak takut menyatakan pendapatnya kepada ketuanya jika pendapat itu dapat membantu kejayaan ketuanya itu, walaupun apa yang hendak disampaikan bakal menimbulkan kemarahan ketuanya itu.

Yang pentingnya, selagi ketua itu masih tetap dengan matlamat yang betul, dia akan tetap sokong walaupun secara peribadi dia tak suka dengan ketuanya itu (ini juga sering diulang Tok Mat, yang jelas menunjukkan dia tak suka pada Mahadhir).

Saya agak hairan sikit kenapa Musa Hitan tak suka pada Tok Mat, mungkin jika Musa Hitam tak sombong dengan Tok Mat ketika dia mahu melawan Mahadhir dulu, ceritanya tentu jadi lain.

Prinsip sentiasa berusaha menjayakan ketua tersebut adalah sesuatu yang amat baik yang perlu dicontohi oleh para ahli politik muda negara kita, kita perlu pastikan samada kita bercita-cita mahu berada ke kemuncak atau sekadar menjadi pembantu mereka yang ada di kemuncak.

Asalkan matlamat perjuangan itu benar, maka kita perlu membantu menjayakan segala keputusan yang telah di tetapkan oleh bos kita, bukannya buat hal menjatuhkan ketua kita semata-mata kita tak suka cara dia berpolitik.

Cuma Tok Mat nampaknya agak terkilan dengan cara dia dia disingkirkan dari menjadi orang penting oleh ketuanya, seperti katanya kepada anaknya Datuk Nor Jazlan, " Politik ini tak menentu dan naik turun karier politik kita bergantung kepada keperluan peribadi Perdana Menteri, bukan kerana kebolehan diri kita".

Jika kita berjuang kerana mendapatkan keredhaan Allah, kita tak akan perduli samada kita naik atau turun, samada kita mendapat habuan atau tidak di dunia ini, kerana kita yakin ganjarannya nanti di akhirat hanya kita seorang saja yang dapat, tak ada siapa yang mampu sabotaj lagi.

Begitu juga jika kita menyeleweng, balasannya di akhirat kita seorang juga yang rasakan, tak ada siapa yang boleh tolong tanggung untuk kita, samada ketua yang kita ikut, atau harta yang kita kaut, atau macai-macai yang sentiasa kipas kita.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License