RMAF - Enjin Hilang Atau Tak Pernah DiHantar...?

Tuesday 22 December 2009


Mula-mula satu enjin dilaporkan hilang dari simpanan RMAF, kemudian jadi dua enjin dan sekarang dilaporkan bahawa banyak lagi barangan daripada jet F-5E Tiger II dan RF-5E, demikian kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Melihat apa yang berlaku saya teringat mendengar cerita dari kawan-kawan yang pernah menjalankan perniagaan pembekalan kepada angkatan tentera.

Banyak kejadian berlaku apabila ada barang-barang yang dibekalkan kepada angkatan tentera mereka hanya perlu menghantar sedikit sahaja dari barang yang diminta tersebut dan tuntutan pembayaran dapat dilakukan sepenuhnya walaupun kuantiti yang telah dihantar sebenarnya hanyalah sedikit sahaja.

Bagaimana mereka lakukannya?. Katakan barang yang di minta adalah 100 unit bahan A, mulanya pembekal akan hantar cuma 10 unit saja dari bahan A tersebut ke bahagian penerimaan, setalah menerimanya mereka akan menyimpannya di stor.

Melalui kerjasama pihak stor barang tersebut akan dikeluarkan dan dikembalikan kepada pembekal semula. Pembekal akan menghantar lagi 10 unit bahan A yang telah diambil semula itu kepada bahagian penerimaan, jadi dalam dokumen telah ada 20 unit bahan A dibekalkan.

Begitulah seterusnya sehingga dokumen menunjukkan telah ada 100 bahan A dibekalkan kepada angkatan tentera.

Dalam kes enjin dan peralatan jet tersebut saya terfikir ada kemungkinan bahawa bahan-bahan tersebut tak pernah dihantarpun. Untuk menutup laporan audit tersebut yangmendapati barang tiada dalam simpanan mereka, maka alasan yang paling mudah adalah melaporkannya telah hilang.

Entahlah apa nak jadi dengan negara kita Malaysia ini, adakah terlalu ramai rakyat kita yang kemarok nak kaya dan senang cepat? Jika berlarutan begini tak mustahil negara kita akan terjual atau tergadai dan menjadi boneka penjajah.

Bangunlah wahai rakyat, bangunlah wahai pemimpin!!!!!
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License