Hanya Anak Tempatan Jadi Calon - Pas Kelantan, Lim Guan Eng Perlu Balik Melaka

Friday 25 December 2009


Pendirian Pas Kelantan yang mahu hanya anak tempatan dari Kelantan sahaja yang akan menjadi calon parlimen pada PRU 13 nanti bakal merubah landskap politik Pas di Malaysia.

Setakat ini terdapat 4 calon dari negeri lain yang memegang kerusi parlimen di Kelantan. Cadangan dikemukakan oleh Datuk Muhammad Daud dan akan dibawa bincangkan dalam mesyuarat negeri tidak lama lagi.


Cadangan tersebut merupakan sesuatu yang amat baik untuk kepentingan pelebaran sayap parti Pas di Malaysia.  Adalah sesuatu yang merugikan apabila pemimpin Pas dari lain negeri pergi bertanding di negeri yang bukan tanah kelahiran mereka.

Sepatutnya mereka perlu menumpukan perhatian ke arah memantapkan kedudukan mereka di negeri masing-masing, bukan menumpang di negeri Kelantan dan akhirnya tiada apa sumbangan yang dilaksanakan di tempat mereka menang.

Biarlah kalah di negeri sendiri, terus berusaha sehingga menang atau sekurang-kurangnya mengukuhkan kehadiran Pas di kawasan masing-masing daripada menumpang di negeri Kelantan yang memang dah berakar kehadirannya sejak dulu.

Jika Pas meneruskan polisi boleh bertanding di negeri yang bukan tempat asal calon, Pas seolah-olah mahu berterusan menjadi parti pembangkang.

Saya cadangkan semua negeri membawa usul calon tempatan ini di dalam mesyuarat negeri masing-masing dan meluluskannya sebagai polisi calon yang bakal bertanding pada PRU 13 nanti.

Begitu juga dengan parti dalam pakatan rakyat lain seperti DAP dan PKR, polisi calon anak tempatan perlu dibawa berbincang dalam mesyuarat negeri masing-masing.

Cuma masalahnya jika usul tersebut diluluskan maka Ketua Menteri Pulau Pinang terpaksa balik ke Melaka untuk bertanding dan tarpaksalah beliau melepaskan hasratnya untuk menyambung khidmatnya sebagai Ketua Menteri sepenggal lagi, tapi apa salahnya? Pulau Pinang tak sepatutnya ketandusan calon untuk menggantikan Lim Guan Eng.
Share on :

2 comments:

  1. patutkan? tanya diri anda lah. di mana aku..?

    ReplyDelete
  2. averrazule,

    Memang patut mereka yang nak jadi pemimpin politik bergiat di tempat sendiri, melainkan jika dia berpolitik untuk cari makan nak sara hidup, macam saya yang cari makan kat Selangor !

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License