Bangunkan Malaysia Tanpa Ada Politik Perkauman - Wan Azizah

Saturday 12 December 2009



"Malaysia perlu keluar daripada mengutamakan politik Melayu jika mahukan perubahan" begitulah kata Wan Azizah ketika diwawancara oleh BBC Indonesia baru-baru ini.

Wan Azizah menekankan bahawa Bangsa Melayu, Cina dan India perlu diberikan peluang yang sama tanpa satu-satu pihak saling mendominasi. Masalah politik perkauman telah lama mendominasi landskap politik Malaysia dan telah berurat kuat menunjang dan mencengkam yang membuatkan ia amat sukar diubah, namun beliau percaya bahawa pihak pembangkang mampu melakukan perubahan tersebut.

Wan Azizah menambah lagi bahawa Malaysia perlu lebih beranai menjadi bangsa Islam yang moderat. Beliau menekankan bahwa memang manusia dilahirkan berbagai warna kulit, namun hakikatnya kita adalah sama-sama manusia. Bagi Parti Keadilan Rakyat, bangsa itu cuma satu iaitu bangsa manusia, katanya lagi.

Mampukah apa yang dikatakan oleh Wan Azizah direalisasikan di Malaysia ini?, setiap bangsa utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India terdapat segolongan besar yang menjadi pejuang ultra bangsa masing-masing dan mereka selama ini memberikan tekanan yang amat besar terhadap sebarang cubaan menyatukan satu bangsa Malaysia.

Dari segi pemerintahan, pendidikan dan birokrasi, penguasaan Melayu amat ketara, dari segi ekonomi pula penguasaan Cina amat terasa. Untuk meneutralkan semua yang tersebut bukanlah satu kerja yang mudah, ia memakan masa yang amat lama dan perlukan satu perubahan yang drastik yang hampir mustahil berjaya dilakukan tanpa satu pengorbanan yang besar.

Apa yang disebutkan oleh Wan Azizah nampaknya seperti ada kesamaan seperti yang dilaungkan oleh Perdana Menteri kita iaitu Satu Malaysia dan nampaknya kerajaan pimpinan Najib seperti bersungguh-sungguh mahu melaksanakannya walaupun perancangan terperinci masih tidak jelas.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License