SPR Menghina Pengundi Seputih ?

Wednesday 18 November 2009


Semalam, 18 November 2009, Timbalan Pengerusi SPR Dato' Hj. Wan Ahmad Wan Omar telah ditemuramah di dalam Radio 24, Bernama mengenai isu keputusan Mahkamah yang mengumumkan kekosongan DUN Seputih.

Beliau secara umumnya menghormati keputusan mahkamah tersebut namun masih tetap berusaha untuk menentangnya dengan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.

Dalam merasionalisasikan tindakan mereka, beliau menekankan bahawa di samping menguruskan kerja-kerja pilihanraya di Malaysia, SPR juga bertanggung jawab menjaga kepentingan rakyat pengundi. Maka atas dasar tersebut SPR merasakan wakil yang telah dilantik oleh rakyat tidak sepatutnya dengan mudah disingkirkan dari menjawat kerusinya oleh pihak-pihak yang menyalah gunakan kuasa.

Kenyataannya semalam juga menyebut bahawa wakil rakyat tidak sepatutnya dengan mudah disingkirkan dengan alasan yang tidak besar atau tidak penting dan beliau menekankan bahawa perlucutan ADUN Seputih adalah atas alasan yang tidak besar, atau kurang penting.

Amat menghairankan seorang Timbalan Pengerusi SPR mengkategorikan ponteng persidangan ADUN sebanyak 2 kali berturut-turut tanpa memberikan sebab atau memberitahu speaker terhadap ketidak hadirannya adalah satu perkara yang tidak besar.

Menghadari persidangan adalah satu tugas utama yang amat besar kepada setiap wakil rakyat yang telah dipilih. Apabila kita dilantik maka kita wajib mematuhi segala peraturan yang berkenaan dengan persidangan kerana rakyat membayar gaji setiap wakil mereka.

Jika wakil rakyat dengan sewenang-wenangnya ponteng dan tidak mengikut prosedur bagi memastikan kedudukan tidak terlucut maka itu bukanlah kehendak rakyat, kecuali jika SPR menganggap para pengundi adalah rakyat yang bodoh dan bangang yang mahukan seorang wakil rakyat yang makan gaji buta dan ponteng persidangan sesuka hati.

Jadi apabila SPR membuat kenyataan bahawa mereka mahu menjaga kepentingan rakyat dengan mempertahankan kerusi wakil mereka yang tidak mengikut peraturan dan ponteng persidangan, ia adalah satu penghinaan kepada rakyat dengan menganggap rakyat suka orang yang seperti itu.

Kalau di syarikat swasta, seorang pekerja yang tidak menghadiri kerja selama 3 hari berturut-turut tanpa alasan, tidak memberitahu terlebih dahulu kepada majikan, layak dibuang kerja, inikan pula seorang wakil rakyat yang memegang amanah mereka yang telah melantiknya.

Apa yang saya nampak ialah SPR sebenarnya lebih membela wakil rakyat dari BN tersebut daripada membela kepentingan rakyat.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License