Apa yang tak kena dengan PAS?

Tuesday 10 November 2009


Tadi saya berbual dengan kawan mengenai isu semasa politik di Malaysia. Sudah tentu topik yang paling hangat waktu ini adalah isu kemelut dalaman PAS yang sampai mengheret parti tersebut mengadakan seminar politik untuk para pimpinan PAS. Dia bertanya pada saya bagaimana saya lihat peristiwa yang terjadi sekarang ini dalam PAS.

Saya melihat bahawa isu dalaman PAS bukanlah satu isu yang besar. Adalah lumrah dalam sesebuah organisasi mempunyai kepelbagaian pendapat dan terjadi berbagai perbalahan dari segi strategi. Jika tiada kepelbagaian pendapat parti akan senyap sunyi dan itu alamat parti akan gulung tikar.

Yang pentingnya ketua perlulah seorang yang tegas dan di hormati serta digeruni oleh semua orang bawahannya yang apabila dia membuat keputusan semua orang akan ikut samada suka atau tak suka.

Ketua pula harus pandai menyeimbangkan kekuatannya itu sehingga jangan sampai ia menyebabkan orang bawahan berhenti memberikan pendapat dan berbalah idea.

Kawan saya mengatakan bahawa sebenarnya tiada apa masalah yang berlaku di dalam parti PAS dan isu yang berlaku tidak harus digembar gemburkan.

Saya berkata tidak penting hakikat sebenar apa yang berlaku di dalam parti dan saya percaya Pas merupakan sebuah parti yang matang dan telah lama bertahan dalam arus politik tanah air. Tetapi perkara yang paling penting sekali adalah bagaimana orang ramai melihat Parti atau lebih tepat lagi bagaimana persepsi orang ramai terhadap Pas.


Kita harus ingat untuk menang, Pas memerlukan sokongan orang ramai yang bukan ahlinya, ahli Pas sendiri tiada masalah untuk memberi undinya kepada Pas.

Itulah yang perlu dilihat oleh para pemimpin Pas, bagaimana mahu memaparkan Pas di khalayak orang ramai yang dapat menimbulkan persepsi bahawa parti Pas adalah untuk semua, bukan hanya untuk ahli Pas sahaja.

Untuk itu, semua kepimpinan Pas perlu meneliti segala tindakannya dan mengambil kira persepsi orang ramai terhadap parti Pas itu sendiri, bukan main langgar dan hentam kromo ikut sedap pendapatnya.

Ringkasnya semua pimpinan Pas perlu menyuarakan pendapat mereka kepada umum setelah ia diakui oleh Parti sebagai pendapat Parti. Pemimpin yang memberikan kenyataan sebelum disetujui secara formal sebagai pendapat parti perlu diambil tindakan disiplin, sekurang-kurangnya presiden parti perlu melemparkan surat khabar yang memaparkan ucapan pemimpin tersebut ke mukanya untuk menunjukkan ketegasan.
Share on :

2 comments:

  1. Salam.

    Konflik dalam Kelambu kalau orang luar tahu, buat menjatuhkan kredibiliti dan memburukkan persepsi saja.

    Omputih cakap, "this matter can be resolved amicably!".

    Orang Jawi cakap, "macam tarik benang dalam tepung!".

    Orang Jawa cakap, "tanggung beres pak!".

    Orang Cina cakap, "kau-thiem!"

    Orang Brutal cakap, "masukkan dalam kotak, buang dalam laut!".

    Buat pa dok bising-bising?

    ReplyDelete
  2. Zaidi Ali,

    Benar kata tuan tu, tapi ramai pengintip yang suka benar nak tahu hal dalam kelambu orang, kalau cakap tak bisik-bisik, pecahlah rahsia!!!

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License