Keperluan Muktamar Luar Biasa - PAS

Tuesday 27 October 2009


Ada perkara yang kita boleh buat seorang diri seperti berderma dan ada perkara yang kita perlu buat secara berkumpulan seperti berpolitik. Dalam urusan politik parti, kita tak dapat mengelak dari melakukanmya secara berkumpulan.

Kalau kerja yang kita buat seorang diri, apa sahaja hala tuju kita sendiri yang buat, tak perlu dapat persetujuan mana-mana pihak. Tapi kalau berjemaah keputusan perlu dibuat secara kolektif, perlu persetujuan ramai kemudian barulah dilaksanakan.

Disinilah cabaran berorganisasi, kita perlu tahu dan sedar bahawa kita boleh mengemukakan pendapat dan pendapat kita akan dibahaskan sebelum dapat diterima majoriti. Adakalanya diterima adakalanya ditolak.

Jika ditolak kita berlatih mengawal ego, mengawal kekecewaan, bersabar dan bersangka baik. Jika diterima kita berlatih mengawal berlagak sombong berlagak pandai, merendah diri dan sebagainya.


Dalam bermuzakarah secara berjemaah, setelah keputusan dibuat akan ada pasukan yang cadangannya diterima dan kumpulan yang cadangannya ditolak. Adab berjemaah yang majoriti menang, maka keputusan itu perlu diikuti oleh semua.

Kebiasaan yang berlaku adalah setelah keputusan dibuat, pihak yang cadangannya ditolak masih membawa dan melobi cadangannya untuk dilaksanakan.Dia akan memperlekehkan keputusan yang dibuat, mencari keburukannya dan berbagai-bagai lagi yang akibatnya hanyalah menambahkan kesukaran melaksanakan keputusan yang telah dibuat tadi. Mereka tidak lansung membantu dalam menjayakan keputusan yang telah dibuat.

Ini bukan sahaja berlaku di dalam parti politik malah berlaku di berbagai organisasi samada badan sukarela atau organisasi perniagaan. Banyak tenaga terbuang, dan banyak kekecewaan dan kesukaran terjadi akibat sikap tersebut.

Perkara sepatutnya yang perlu dibuat oleh pihak yang cadangannya ditolak adalah meletakkan cadangannya sebelah dan mula menerima cadangan yang telah diputuskan. Mula bekerja sehaluan dengan cadangan dan mula menaruh harapan agar keputusan yang telah diambil membuahkan hasil dan kejayaan.

Jika mereka tidak dapat menerimanya dan tak dapat membantu menjayakan keputusan yang telah dibuat maka mereka tiada pilihan lain selain dari keluar dari organisasi tersebut dan menubuhkan organisasinya sendiri dan melaksanakan cadangannya.

Mereka tidak patut kekal di dalam organisasi dalam keadaan tidak membantu mencapai matlamat malah menjadi barah penyakit yang menggagalkan matlamat yang telah ditetapkan.

Dalam kes kecelaruan yang berlaku dalam PAS sekarang ini perkara yang saya sebutkan di ataslah yang terjadi. Maka adalah satu keputusan yang tepat apabila ia di suarakan oleh Mursyidul Am Pas Tuan Guru Nik Aziz.


Ramai yang keliru apa yang perlu dilakukan hingga ada yang tersilap bahawa Tuan Guru mahu membuang mereka yang bermasalah sedangkan itu bukanlah matlamatnya.

Matlamatnya adalah untuk memperkemaskan hala tuju dan mendapatkan semula pemahaman kerjasama dari semua pihak.

Untuk itu tidak perlu menyingkirkan sesiapa, hanya perlu mendapatkan semula kerjasama dan berteguh janji semula dengan hala tuju yang telah dibuat.

Kecuali jika masih berkeras tidak mahu ikut, maka barulah dipersilakan keluar dari parti demi menjayakan matlamat yang telah diambil.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License