PR Mahu Bentuk Pakatan Secara Formal

Friday 14 August 2009


PR diberitakan mahu membentuk satu pakatan yang formal sebelum PRU13 akan datang. Ini diumumkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Dalam situasi kelam kabut persengketaan yang terang-terang di antara parti dalam pakatan itu memeang patut satu pakatan secara formal diadakan agar segala isu berbangkit hanya berputar di antara parti-parti dalam pakatan sahaja dan tidak di dedahkan secara awam seperti yang berlaku sekarang ini.

Ramai yang menaruh harapan pada PR untuk membentuk satu pakatan yang mana tidak ada satu parti yang dominan atau menguasai pakatan yang dibentuk seperti mana yang berlaku dalam BN yang mana UMNO menjadi parti yang dominan.

Jika arah tuju PR adalah untuk membentuk satu pakatan yang tidak mempunyai parti dominan, maka sudah tentu kuasa dominan itu akan pergi kepada individu yang kuat yang akan menjadi ketua.

Parti yang diwakili oleh ketua tersebut secara tak lansung akan menjadi parti yang dominan.

Persoalannya adakah pimpinan PAS dapat menonjolkan diri mereka menjadi pimpinan utama dan seterusnya menjadi ketua PR?

Setakat ini tiada yang mampu menyaingi Anwar Ibrahim dalam bertindak selaku ketua.

Kalau setakat nak jadi Pak Turut dalam PR saya syorkan agar PAS jalan sendirian saja lah, daripada dipermainkan oleh Parti lain seperti DAP dan juga PKR.

Dalam bab melaung kuat dan jerkah sana sini memang orang PAS kuat dan amat menonjol, tapi orang lain senyum dan senyap saja dan tup-tup banyak kerja berjalan, dan gelanggang di kuasai mereka.

Kalau kat kampung masa kecil-kecil dulu selalunya individu yang cakap berdegar-degar biasanya orang yang sering dipandang lekeh dan tak banyak membantu dalam aktiviti kemasyarakatan....!
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License