PAS dan DAP umpama "Kucing dengan Anjing"

Friday 7 August 2009


Dalam PAS berusaha mempromosikan kemulian akhlak di dalam kerajaan yang diperintah oleh Pakatan Rakyat mengikut takrifan PAS, rakan pakatannya DAP pula sentiasa menjadi batu penghalang atas nama undang-undang sivil.


PAS mempertahankannya atas dasar Islam manakala DAP mempertahankan tindakan mereka atas dasar apa yang diperuntukkan dalam undang-undang.


Jika kedua mereka berterusan bertindak atas landasan yang berbeza begitu alamat Pakatan Rakyat tidak akan dapat bertahan lama. Perpecahan ikatan mereka yang longgar selama ini nampaknya akan terurai sekali lagi seperti yang pernah terjadi beberapa kali sebelum ini.


Kenapa Pakatan Rakyat tidak duduk bersama berbincang di meja bulat mereka mengambil pendekatan ke arah pemahaman yang sama.


Jika PAS mahu membenteras tabiat meminum minuman keras, kegiatan perjudian, kegiatan pelacuran dan lain-lain, bukankah seluruh dunia mengakui semua yang tersebut di atas merupakan aktiviti negatif yang sepatutnya dijauhi?.


Adakah pemimpin DAP serta ahlinya terlalu keras hati mereka dan ketinggalan zaman untuk mengakui bahawa segala kegiatan yang ditentang oleh PASS itu adalah untuk kebaikan semua rakyat?


Meliha apa yang berlaku saya hanya dapat menyimpulkan bahawa:


1. Jika mereka pernah berbincang dan cuba memahami matlamat masing-masing tetapi masih bertindak mengikut hala sendiri-sendiri, maka sah DAP serta ahlinya tidak bersedia mempromosikan kehidupan yang lebih bersih dan berakhlak mulia.


Ini membawa kepada rumusan bahawa DAP tidak bersedia untuk melihat tindakan PAS dalam konteks etika universal, yang sebenarnya tidak lari dari apa yang diperjuangkan oleh PAS.


Tidak hairanlah jika DAP sentiasa berbalah dengan PAS jika mereka melihat hubungan seks sebelum berkahwin adalah perkara biasa, minuman yang kandungan alkoholnya sedikit boleh diminum (sedangkan ia menggalakkan kepada minuman keras yang lebih keras), judi tak mengapa jika ianya berlesen, dan lain-lain lagi.


2. Jika mereka tidak pernah duduk berbincang bersama, atau tidak dapat duduk berbincang kerana sikap tertutup mereka, bermakna mereka tidak layak berpakat untuk memerintah.


Jika begitu lebih baik berpisah sahaja dan tak payah bekerjasama.


Amat menyedihkan apabila ada di kalangan pemimpin DAP yang melabelkan JIM sebagai pengganas. Secara tak lansung ia memberi maksud yang rakan sepakatan mereka PAS juga termasuk dalam kategori yang sama.


Secara peribadi saya sejak mula lagi tidak lansung berkenan dengan kerjasama antara PAS dan DAP melihatkan sikap ego pemimpin mereka seperti Karpal S, Ronnie L, Jeff O, dan lain-lain.


Jika DAP tidak mahu berkompromi dengan merapati PAS, atau lebih tepat lagi merapati dan cuba memahami Islam jangan harap mereka akan mendapat sokongan orang melayu.


Lihat dan belajarlah dari warga mamak di pulau pinang, kedah, dan serata tempat di Malaysia, bagaimana mereka dapat diterima oleh orang Malayu sejak dulu walaupun masih ada banyak diantara mereka yang bahasa pertuturan dirumahnya adalah bahasa Tamil.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License