Arakan Protes Bawa Kepala Lembu

Saturday 29 August 2009


Bersemangat sungguh mereka yang memprotes pembinaan kuil hindu di seksyen 26 shah alam. Siap dengan membawa kepala lembu yang masih segar meleleh darahnya.
Siapakah dalang yang menganjurkan perarakan tersebut? Kenapa tidak menunggu perbincangan yang telah diaturkan oleh pihak yang berwajib? Nampak seoleh-olah perarakan ini mahu mencari publisiti murahan dan ada agenda tersembunyi.
Kenapa pula mereka memilih untuk membawa kepala lembu? adakah satu cubaan menghina pengganut hindu yang memandang mulia kepada lembu?
Adakah mereka yang memerintah terlalu banggang dan tidak peka dengan hukum hakam? berilah peluang dulu mereka menhuraikan segala alasan dan ligik disebalik cadangan tersebut, kemudian barulah bertindak.
Adalah lebih baik mereka meronda disekitar selangor ini dan mengumpulkan data berapa banyak kuil hindu yang bertaburan dibina ikut suka sahaja tanpa mengikuti proses yang betul.
Pantang tengok busut besar, tiba-tiba jadi tokong, begitu juga merata-rata perdu pokok telah diubah suai menjadi tokong.
Kalau mereka yang berarak kaji statistik kuil yang tiba-tiba muncul bertaburan serata selangor ini, mungkin mereka akan sedar yang ada benda lain yang perlu mereka lakukan.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License