Papagomo hebat!

Friday, 29 March 2013


Aku rasa tak ada orang yang cukup terkenal dengan perbuatan jahat ala-ala binate dalam dunia cuber selain dari beruk yang bernama papagomo ini.

Orang lain mungkin ada buat jahat dengan memaparkan benda-benda lucah dalam dunia cyber, tapi papagomo ini memfitnah orang lain dengan menuduh mereka buat benda lucah.

Maknanya papagomo buat dua benda jahat sekali gus iaitu papar dan sebarkan benda lucah dan memfitnah orang lain melakukan perkara terkutuk dan lucah. Memang terror habis kata orang kampung!.


Lebih hebat lagi adalah papagomo tidak tertakluk pada undang-undang negara yang diperintah oleh kerajaan BN yang ada ini. Sedangkan menurut apa yang BN canagkan seluruh dunia merekalah yang mempertahankan nilai-nilai murni serta mempertahankan kesucian agama islam di Malaysia.

Tidak ada sesiap yang perlu mensucikan agama Islam kerana ianya memang tetap suci dan benar sehinggala kiamat dan selama-lamanya. Apa yang kita manusia perlu buat adalah mensucikan hati manusia terutamanya yang beragama Islam agar mentaati Allah dan hari akhirat.

Ternyata tugas tersebut telah gagal dilaksanakan oleh BN. Contoh paling ketara adalah dalam kes papagomo ini. Contoh lain terlalu banyak yang melibatkan kerosakan akhlak sebahagian besar rakyat negara kita dengan berbagai aktiviti tidak bermoral hatta mereka yang mendakwa sebagai pembela agama, raja dan melayu itupun turut sama berakhlak hina dengan tidak segan silu menyebarkan fitnah!

Jadi di mana buktinya bahawa Umno/BN berfungsi mempertahankan agama Islam dan diangkat mulia ke tahap wajib mengundi sebagaimana fatwa para ulama pondok yang membuat sidang media baru-baru ini?

Apakah boleh kita jadikan bukti bahawa Umno/BN menaikkan Islam dengan menyenaraikan jumlah masjid yang hebat dan mewah di seluruh negara? sedangkan jumlah mereka yang melazimi masjid serta surau tersebut terlalu sedikit berbanding tiang yang bangunan tersebut ada!.

Umno/BN hanya mementingkan material dalam membanguinkan negara sehinggakan ukuran samada mereka mebela Islam atau tidak bertumpu hanya pada material sahaja. Bagi Umno/BN Islam itu hanya perkata material dan tidak ada kena mengena dengan akhlak atau amalan penganutnya.

Kita faham kenapa Umno/BN bersikap begitu. Semua ini ada kena mengena dengan teknik membelasah wang rakyat melalui pembangunan material. Urusan membangunkan akhlak atau kerohanian agak sukar untuk meraih keuntungan serta kekayaan, maka usaha Umno/Bn ke atas itu adalah serampang dua mata yang ternyata gagal dan telah merosakkan budaya serta jiwa keislaman rakyat negara kita.

Kembali kepada isu papagomo ini. Baru aku tahu kenapa beliau aamat hebat dan kebal dari terkena sebarang tindakan undang-undang. Ini di sebabkan dia mempunyai hubungan rapat dengan hampir kesemua orang-orang penting Umno termasuklah Menteri dalam negeri.

Papagomo juga baik dengan Nazri, dia baik juga dengan Shafie Apdal, Zahid Hamidi, Tais Yatim. Dengan Ghani Ptail juga beliau boleh keluar masuk dan berbincang sesuka hati macam pejabat mereka bapak dia punya.

Dengan Menteri Dalam Negeri, Hisham, papagomo boleh keluar masuk sesuka hati dari pejabat sehinggalah ke rumah menteri tersebut. Mereka cukup akrab dengan hero finah nombor satu negara serta pengedar gambar serta filem lucah.

Aku doakan agar para hakim dan mereka yang berkuasa dan sepatutnya telus dan berkecuali agar segera jatuhkan manusia jahat papagomo ini. Aku puji melambung Datu Husam kerana gerak kerja beliau dalam menegakkan kedaulatan undang-undang serta menghancurkan aktiviti tidak bermoral peringkat tinggi ini dilakukan dengan cukup sistematik sekali. Moga usaha beliau berjaya dan moga Husam istiqamah menjadi pemimpin yang disegani ...insyallah.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License