Pemimpin Pas mesti ulama, pemimpin Umno mesti Kaya?

Friday, 2 November 2012

Terfikir juga kenyataan Dr Asri yang menjadi isu besar terutamanya terhadap kepimpinan Pas apabila beliau risau dengan sikap segolongan ulama yang menjadi pemimpin. Jika seorang ulama dalam masa yang sama menjadi pemimpin politik, kuasa yang ada padanya terlalu besar dan jika disalah gunakan amat bahaya.

Kuasa ulama amat besar terhadap pencinta agama. Segala kata-kata ulama menjadi nasihat pada mereka yang dahagakan tunjuk ajar para ulama. Kebiasannya kata-kata para ulama lebih berpengaruh daripada pemimpin politik atau pemerintah.

Kuasa orang kaya yang memegang kuasa ekonomi juga tidak kurang hebatnya. Mereka mempunyai banyak pengaruh terhadap rakyat yang dahagakan kekayaan dan kesenangan dunia. Malah jumlah manusia yang dahagakan kekayaan dan menjadi pengikut tegar orang kaya amat ramai berbanding mereka yang dahagakan agama.


Bayangkan jika kita menggabungkan kedua-dua kuasa tersebut:

  • Ulama + Pemimpin politik
  • Orang kaya + Pemimpin politik
Barangkali untuk meredakan keadaan agar wujudnya keseimbangan antara kuasa politik dan kuasa agama atau ekonomi, kita perlu mengasingkan ulama dengan politik dan juga orang kaya dengan politik. Maka akan wujud 3 golongan kepimpinan yang saling semak dan imbang mengimbangi:
  • Ulama
  • Orang kaya
  • Pemimpin politik
Maka orang politik mestilah terdiri daripada mereka yang tak berapa ulama, tak berapa kaya dan sebenarnya golongan inilah yang menjadi majoriti rakyat di negara kita.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License