Chua SL biadab, Beras Perkasam mengamuk, PR kena tangkap...

Wednesday, 24 October 2012

Seorang mangsa curi kereta membuat laporan keretanya dicuri. Ketika siasatan mangsa memberitahu keretanya tidak berkunci, kunci berada di dalam kereta yang berada di luar dan mangsa sedang nyenyak tidur. Lalu pegawai Polis berkata, "memang patutpun kereta kamu kena curi!"

Sesiapa saja yang waras akan bersetuju dengan kata pegawai Polis tersebut. Bukannya pegawai maksudkan setiap orang yang melihat keadaan seperti itu patut mencuri kereta mangsa. Sebaliknya ia membawa maksud keadaan cuai mangsalah yang mendorong keretanya dicuri oleh orang jahat.

Begitulah lebih kurang maksudnya bila Tuan Guru Nik Aziz berkata sesiap yang mendedahkan auratnya (yang mengiurkan) memang patut dirogol. Ia membawa maksud mangsa rogol begitu mendedahkan dirinya untuk dirogol apabila bertemu dengan orang jahat yang gemarkan seks seperti seorang pemimpin besar MCA yang terlibat dalam kes video porno bersama gundiknya.


Bagi seorang yang berbangsa bukan Melayu kalau tak faham ayat sebegitu, elok pergi migrate ke negara yang bahasa ibundanya adalah Cantonese dan jangan buat kacau di negara yang Agama resmi persekutuannya adalah Islam.

Kalau tak faham elok bertanya. Kenyataan menghina Hudud merupakan kenyataan yang sama berat kurang ajarnya seperti kes membuat video menghina Nabi. Memang kita kena faham bahwa orang bukan Islam yang tak nampak kebenaran Islam akan mudah melatah ikut selera fahamannya yang sesat (berdasarkan Islam)

Tetapi dalam dunia ini, tidak sunyi daripada terdapatnya kaum yang berfikiran sempit dan mudah melatah mengikut nafsu. Mereka tidak peduli samada rasional atau tidak untuk mengamuk membuat tindakan ganas. Di negara kita juga tidak sunyi daripada golongan yang 'over' seperti itu.

Oleh itu sebagai pemimpin yang bijak perlulah mengambil kira golongan ektremis tersebut agar negara tidak huru hara. Malangnya terdapat pemimpin Cina yang biadab suka cari pasal membincangkan undang-undang Islam yang tak ada kena mengena dengan kepercayaannya.

Apakah pemimpin itu terlalu bodoh? sudah pasti tidak kerana dia menjadi ketua MCA. Jika kita katakan ketua orang MCA itu bodoh tentu ia membawa maksud semua orang MCA turut bodoh kerana melantik ketua yang bodoh. Jadi rumusannya ketua MCA tidak bodoh! Lalu apa muslihatnya?

Barangkali ianya memang sengaja dilakukan sebagai satu taktik provokasi menaikkan kemarahan golongan ekstremis agar bertindak. Keadaan sengaja itu nampak lebih kuat bila teman rapat politiknya yang mendakwa mendaulatkan Islam hanya senyum tidak membantah.

Apabila ada yang bangun buat kacau, maka ada alasan kuat untuk mengambil tindakan. Dan mangsanya sudah tentu mereka yang membantah kenyuataan biadap Chua SL tersebut dan mereka tidak lain dan tidak bukan adalah PAS.

PAS bukanlah sebuah parti ekstremis. Adalah satu tindakan bodoh untuk mengamuk buat kacau dalam keadaan Pakatan Pembangkang berada di kedudukan paling kuat dalam sejarah. Namun dalam arena politik perkara logik tidak diterima pakai.

Apa yang merisaukan adalah berlakunya satu lagi operasi Lalang yang bakal meragut habis kesemua pemimpin-pemimpin pembangkang seperti masa lalu. Dalam keadaan itu mudahlah BN nak menang bertanding tanpa pesaingan.

Tindakan Tuan Ibrahim Tuan Man membuat kenyataan dan melancarkan maklumat memberitahu kepada semua pengamal media samada folmal atau tidak formal, media semasa atau media alternatif, terutamanya penyokong PAS, agar tidak melayan sebarang tindakan provokasi musuh memang tepat dan satu usaha yang terbaik daripada PAS.

Syabas Ketua penerangan Pas pusat. Ia satu bukti bahawa Pas bukanlah sebuah parti yang ekstremis dan mengambil pendekatan ganas untuk berdakwah. Dalam kita mengutuk kenyataan biadab hero porno tersebut, kita sedih kenapa dia masih tak faham terdapat ramai jirannya di Malaysia yang beragama Islam yang akan terguris apabila hukum yang disebutkan di dalam Al-Quran dihina sedemikian rupa.
Share on :

2 comments:

  1. Pasal rogol tu, Tuan terlepas isu sebenar.

    Kalau dgr betul2 kata2 TGNA, analogi curi kereta dan polis tu tak boleh digunapakai

    Pemikiran bahawa salah perempuan jika dirogol ini amat salah, ketinggalan zaman dan chauvinis. Melainkan kita lihat diri kita sebaris dgn Taliban atau org tribal Pakistan.

    Saya bukan liberal tapi sbg lelaki normal, adakah ia salah wanita kalau kita tak boleh kawal nafsu? Berdasarkan logik TGNA, ahli PAS tak boleh dibenarkan melawat negara selain dari negara yang wajibkan wanita tutup aurat. Kalau tak, jenuhla semua kena tangkap kes rogol.

    Logik dia juga tidak boleh digunakan dalam kes wanita dirogol meskipun menutup aurat.

    Kalau kita lemah, akui kita lemah. Mmg menutup aurat itu bagus, tapi bila otak lelaki bersih, letaklah perempuan seghairah mana pun Insyaallah tiada masalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan pendapat tuan, tak boleh salahkan wanita jika mereka dirogol. Salah wanita tersebut cuma dia tidak menutup aurat dan berpakaian seksi.
      Setuju juga dengan pendapat tuan bahawa jika otak lelaki bersih letak perempuan seghairah manapun tak ada masalah (lelaki itu tentu seorang wali Allah)
      Cuma realitinya tak wujud dunia yang lelaki semuanya baik-baik belaka (melainkan di syurga).
      Untuk mengubah keadaan bagi mewujudkan dunia yang ideal aman damai masyarakatnya adalah mustahil. Sebaliknya untuk mengubah diri kita sendiri sebagi individu bagi menghadapi realiti dunia yang ada jahat ada baik lebih mudah.

      Caranya adalah menyalahkan diri sendiri bila ada sesuatu yang tak kena berlaku, lalu berusaha membaiki diri dengan cara yang bersesuaian. Itu ciri-ciri orang yang berjaya.

      Maka mesej yang TGNA berikan adalah untuk kita muhasabah diri sendiri dan mencari jalan bagi mengelakkan kejadian yang tidak baik sedaya upaya. Kalau masih juga ditimpa musibah, fikirkan lagi apa sebabnya dan bagaimana kita boleh membaiki diri lagi untuk mengelakkannya.

      Wallahu'alam. Terima kasih atas perkongsian pendapat tuan.

      Delete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License