Berdasarkan kajian, pemimpin yang meningkat dari satu tahap ke satu tahap sehingga naik ke atas sekali biasanya berakhir dengan hanya menjadi pemimpin yang biasa-biasa sahaja. Jelas menunjukkan mereka yang masak bergelumang dengan politik dari bawah lalu naik ke atas perlahan-lahan tidak pernah menjadi pemimpin yang sempoi hebatnya.
Contoh yang amat ketara boleh dilihat pada cerita Pak Lah menjadi Perdana Menteri Malaysia sebelum ini. Bagaimana orang ramai terutamanya pemerhati politik memberikan harapan tinggi pada Pak lah yang dilihat cukup masak dalam kancah politik dengan pengalaman naik turun yang lama.
Akhirnya terserlah bahawa Pak Lah hanyalah sekadar pemimpin peringkat average dan tidak ada sedikitpun kelainan yang memberikan tahap wow! pada pencapaiannya. Ternyata pengalaman Pak Lah tidak membawa apa-apa makna untuk menjadikan dirinya hebat sebagai pemimpin nombor satu.
Najib Tun Razak juga dikatakan cukup berpengalaman dalam dunia politik apabila mula menjadi Menteri Besar dalam peringkat usai yang muda. Sejak itu dia naik setapak demi setapak dalam kepimpinan Umno dan akhirnya dengan pertolongan Tun Mahathir, beliau menjadi Perdana Menteri.
Kajian juga menunjukkan orang yang ditunjuk untuk menggantikan kepimpinan biasanya hanya mampu menjadi pemimpin biasa-biasa saja dan tidak dapat menonjolkan kelainan dalam kepimpinannya untuk menjadikan dia hebat. Najib juga memang tidak menunjukkan sesuatu yang istimewa untuk membawa negara kita ke tahap yang lebih tinggi berbanding Tun Mahathir.
Bagaimana pulak dengan Anwar Ibrahim? jika di9a jadi PM adakah sesuatu yang hebat dan luarbiasa boleh dilakukannya? Mengikut teorinya pemimpin yang datang masuk dengan terkejut lalu menjadi ketua secara tiba-tiba melalui jalan yang diluar kebiasaan, mampu menjadi samada:
- Cukup hebat
- Paling teruk
Contoh paling mudah adalah dengan melihat pada bekas Presiden Indonesia, Abdul Rahman Wahid atau Gus Dur. Dia tiba-tiba menjadi Presiden lalu menjadi presiden yang paling teruk pernah dilahirkan oleh Indonesia!.
Jalan yang dilalui oleh Anwar agak berbeza. Jika dia naik menjadi PM bukanlah melalui jalan kebiasaan yang diikuti oleh semua Perdana Menteri kita yang lain. Dia diterajang keluar dan dengan kelajuan yang luar biasa memimpin ketumbukan pembangkang paling kuat dan luar biasa dalam sejarah negara yang tidak pernah wujud sebelum ini.
Jika dia naik jadi PM, jelas dia merupakan orang luar dari kebiasaan dan besar kemungkinan Anwar Ibrahim bakal menjadi pemimpin atau PM paling hebat pernah dilahirkan oleh negara ataupun.....
Pemimpin paling teruk pernah ada dalam sejarah Malaysia....! Kalau nak tahu mana satu, anda perlu berani membuat pilihan samada menyokong Pakatan Rakyat atau menolak mereka.
Jika anda menyokong BN, sudah pasti anda akan dapat pemimpin yang biasa-biasa sahaja malah budaya politik mereka cukup sombong dan bongkak dengan konsep feudal yang masih menebal.
Jika anda pilih PR, anda ada peluang melihat lahirnya satu kelainan. Itulah yang Malaysia perlukan sekarang untuk bersaing dalam dunia yang cukup mencabar sekarang ini. Tepuk dada tanya selera.
Maklumat kajian di sini
ya sy pasti pilih PR utk perubahan...xnk lg pd parti yg korup dan punyai pemimpin2 yg sombong, angkuh, bongkak dsbnya....
ReplyDeleteYer ler tuu...
ReplyDeletepak lah setakat penghulu kampong saja. najib umpama sampah, baru ka lama ka tetap sampah. anwar dah terlepas kapal & he is the best pm we never had.
ReplyDeletekena bagi peluang dia jadi PM baru tau,,
ReplyDeletekalau dia teruk, rakyat boleh tumbangkan dia dlm next pru..
tapi malangnya di malaysia, rakyat di sini majoritinya berfikran amat tertutup,
menukar kerajaan/pimpinan sedia yang telah berkhidmat puluhan tahun kepada pimpinan baru seolah-olah negara aka kiamat,
sedangkan di luar negara, pru lah rakyat mengajar pemimpin supaya mendegar people power..
rakyat yg melantik pemimpin, maka pemimpin harus menghormati, mendengar suara rakyat, bukan bermegah2 dgn kejayaan membangun fizikal negara tetapi rohani rakyat hancur tunggang langgang dibiarkan..
hang jebat