Pengalaman seorang kawan sedang bersolat di sebuah masjid di Palestin. Ketika bersolat berjemaah kelihatan seorang Tok Arab yang turut sama berjemaah ditepinya berundur sebentar ke belakang sedikit. Apa yang dia buat? tertanya juga kawan saya itu dalam hatinya...
Rupanya Tok Arab tu undur untuk membetulkan letak baju kemejanya dengan memasukkan ke dalam seluar. Dibetulkan baju dan seluarnya dengan kemas lalu bergerak semula sedikit ke depan meneruskan solat berjemaah itu.
Isssh! macam tupun ada? apa punya solat Tok Arab ni. Terfikir kawan saya dalam hati. Solat berlalu sehingga tamat. Sebaik saja selesai memberikan salam bangunlah tok Arab itu menunjuk-nunjuk jarinya pada kawan saya sambil menjerit...dia ni solat tak betul! dia ni solat tak betul!.
Tok Arab itu jerit dengan agak kuat sehingga menjadi agak riuh. Tercabar juga kawan saya mendengar tuduhan orang itu. Dia bertanya samada orang itu boleh berbahasa inggeris agar mudah berkomunikasi. Tok Arab itu buat tak tahu dan terus merungut-rungut sambil menuding jarinya pada kawan saya.
Semua orang melihat kejadian itu dan yang paling malang kawan saya tak tahu apa salahnya dia bersolat. Sejak kecil sampai sekarang macam itulah dia bersolat dan tak pernah ada orang tegur yang dia melakukan kesalahan dalam solatnya. "Apa pulak salah aku?" soalan itu terngiang-ngiang dalam kepalanya tanpa jawapan.
Akhirnya tercetus idea dalam kepala kawan saya itu memang betul kata Mat Arab tersebut dia solat tak betul. Kerana kawan saya memerhatikan apa yang dibuat oleh tok arab itu ketika solat. Maknannya kawan saya tu tak fokus pada solatnya.
Lalu saya komen pada kawan saya tersebut...'entah-entah yang di sebelah tu malaikat?'
Begitulah cerita minum petang tadi yang saya kongsikan pada pembaca. Moga ada manafaatnya! Fokus pada solat dan fokus sefokus-fokusnya. Itulah yang saya masih belum berjaya dengan mantap walaupun dah hampir 40 tahun bersolat sejak kecil...anda bagaimana? Ya Allah aku mohon kyusuk dalam solat tolonglah aku Ya Allah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment