Cabaran menjadi Pelacur

Monday, 10 September 2012

Adakah anda punya kawan yang bekerja sebagai seorang pelacur? Saya sendiri tak pernah kenal atau berkawan dengan pelacur. Macam mana nak kenal jika kita tak pernah melanggan pelacur. Kita juga tak akan kenal pelacur jika tak ada dalam rangkaian kawan yang melanggan atau berkawan dengan pelacur.

Mungkin ramai dikalangan pembaca blog ini tak pernah kenal sesiapa dari kalangan pelacur. Biarlah tak kenal, 'tak kenal maka tak cinta'


Samada kenal atau tak kenal, pelacur tetap ada. Pelacuran merupakan salah satu industri perniagaan yang paling lama wujud di dunia ini. Negara Malaysia yang kita angkat sebagai Negara Islam ini juga tak lepas dari aktiviti pelacuran.

Apakah anda tahu cabaran yang dihadapi oleh golongan pelacur? Berikut beberapa masalah yang mereka hadapi sepanjang bekerja menjual diri mencari makan sebagaimana yang dikongsikan oleh para pelacur di luar negara:

  1. Disisih oleh masyarakat. Mereka terpaksa menjalani kehidupan sesama golongan seperti mereka sahaja yang menerima kehadiran mereka seadanya. Sekali pelacur itu dikenal oleh masyarakat, akan terbina satu benteng tebal dan tinggi memisahkan antara mereka dengan masyarakat bersopan.
  2. Hidup sentiasa dalam keadaan terancam. Samada dirompak ketika meronda mencari pelanggan atau dirompak oleh pelanggan. Bukan setakat dirompak, mereka juga terdedah pada keganasan dari berbagai penjuru. Samada dari bapak ayam, orang ramai atau pelanggan dan juga pihak berkuasa.
  3. Tidak mendapat layanan sepatutnya dari pegawai kesihatan. Semua masyarakat bersopan memandang jijik pada pelacur. Hanya mereka yang gila kemaruk seks saja melihat pelacur dengan penuh selera.
  4. Sentiasa terdedah diperkosa oleh pegawai dari pihak berkuasa. Mungkin kes ini jarang berlaku di Malaysia. kalau berlakupun tidak dilaporkan. Apa nak diperdulikan, mereka kan pelacur?.
Banyak lagi cabaran selain yang disebutkan di atas. Ringkasnya tak ada satupun benda yang baik menjadi seorang pelacur melainkan sedikit wang buat menyara kehidupan. Cabaran di atas hanya dihadapi oleh golongan pelacur bawahan dan murahan.

Mungkin ia berlainan dengan cabaran pelacur kelas atasan. Mereka biasanya dibayar dengan harga yang tinggi dan menjalani kehidupan glamour yang mengasyikkan. Mereka biasanya di bela oleh golongan-golongan yang juga berprofil tinggi.

Adakah data terperinci mengenai golongan pelacur bawahan di negara kita. Saya tak pasti. Mungkin Kementerian Wanita dan Kebajikan Masyarakat ada semua maklumat tersebut.

Apa yang boleh kita lakukan untuk menyelamatkan mereka?, tak banyak jika tiada sebarang maklumat tentang mereka. Tak banyak juga yang boleh dilakukan jika kita tidak boleh mengumpulkan mereka dan mula mendekati mereka. Buka sebagai pelanggan, tapi sebagai agen perubahan.

Salah satu usaha yang cukup baik ada dilakukan di Indonesia oleh Nahdatul Ulama. Para Ustaz lepasan pondok akan dihantar sebagai mubaligh sukarela tinggal bersama dengan para palacur. Mereka dirikan surau atau masjid dan membentuk majlis ilmu pada para pelacur.

Pelik tapi itulah yang mereka lakukan. Para pelacur akan bergegas ke pusat pengajian siap berpakain sopan untuk belajar mengaji dan mendalami agama. Pendekatan mereka lebih condong ke arah kesufian. Majlis ilmu di adakan secara tetap dan berkala.

Selesai belajar, mereka kan pulang semula melakukan aktiviti pelacuran mereka seperti biasa bagi menyara hidup. Lucu, pelik dan menghairankan bukan?

Tapi usaha gigih itu dilakukan secara istiqamah tanpa memperdulikan kritikan orang bertamadun dan bersopan dan hasilnya cukup menakjubkan. Sebelum usaha tersebut dilakukan terdapat beribu-ribu pelacur di kawasan pelacuran. Sekarang jumlah tersebut telah berkurangan secara amat drastik sekali.

Pengalaman seorang Ustaz bernama Ustaz Khairon dan Isterinya yang dihantar menjalankan dakwah disebuah pusat pelacuran menyatakan bahawa, ketika mereka mula sampai di situ ada 3,000 pelacur. Setelah beberapa tahun berusaha mengajar dan membantu para pelacur, kini hanya ada 900 orang pelacur saja.

Sumber: Berbagai.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License